Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Man Utd ingin lanjutkan khidmat Cavani

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Man Utd ingin lanjutkan khidmat Cavani

Dec 30, 2020 | 05:30 AM

ENGLAND: Manchester United sedang berusaha melanjutkan kontrak Edinson Cavani, kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Penyerang Uruguay itu, 33 tahun, menyertai United dalam perjanjian setahun Oktober lalu, dengan pilihan untuk melanjutkannya selama setahun lagi.

Beliau hanya telah memulakan satu perlawanan Liga Perdana tetapi sudah menjaringkan tiga gol dalam lapan perlawanan dan dimasukkan dari bangku simpanan untuk mencipta gol Bruno Fernandes di Leicester Sabtu lalu.

Solskjaer berkata beliau jangka perjanjian baru akan dipersetujui.

"Edinson ada baki beberapa tahun lagi untuk bermain lantas saya tidak akan kata apa-apa lagi," kata Solskjaer. "Beliau telah memberikan kesan besar dan saya percaya beliau."

Solskjaer mengatakan beliau melihat bekas penyerang Paris Saint Germain dan Napoli itu lebih daripada hanya pemain gantian yang berkesan.

"Beliau sudah tentu boleh memulakan perlawanan," kata jurulatih asal Norway itu.

"Anda tidak menganggap pemain yang mempunyai kualiti sebegitu seperti yang lain. Saya percaya beliau dan beliau akan memulakan lebih banyak perlawanan daripada yang tidak akan dilakukannya."

Perkenalan Cavani ditunda kerana beliau harus mengasingkan diri selama dua minggu setelah tiba dari Perancis.

Beliau kemudian perlu mempertingkatkan kecergasan perlawanan selepas meninggalkan PSG hujung Jun lalu.

Kecederaan ringan juga bermakna Cavani terlepas beraksi buat tempoh pendek tetapi apabila beraksi, beliau menunjukkan detik-detik berkualiti yang sesuai dengan statusnya sebagai antara penyerang terbaik di dunia.

Terbukti, keyakinan juga tidak menjadi masalah.

Sementara seorang lagi pemain Amerika Selatan, Antonio Valencia, pernah menyerahkan pulang jersi nombor tujuh di Old Trafford kerana kekayaan sejarah yang terikat padanya, Cavani secara aktif meminta jersi nombor itu yang telah dipakai oleh ikon kelab seperti George Best, Bryan Robson, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

"Ia adalah perkara pertama beliau tanya saya, sekiranya beliau boleh pakai jersi nombor tujuh," kata Solskjaer.

"Sudah tentu kita bercakap mengenai sejarah jersi itu tetapi apabila anda fikir tentang kerjayanya, pengalaman yang dimiliki dan keperibadiannya daripada perbualan yang saya ada dengannya dan ketika saya memerhatikannya, tidak dinafikan beliau boleh tanganinya (tekanan memakai jersi nombor tujuh)," - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3