Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man Utd terlalu gagah, benam Liverpool 3-0 di Old Trafford

Rooney, Mata dan Persie sumbang gol bagi bantu Man Utd kekal tekanan ke atas pendahulu liga.
Dec 14, 2014 | 11:30 PM
TERLALU GAGAH: Wayne Rooney (berbaring) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama perlawanan di Old Trafford.
TERLALU GAGAH: Wayne Rooney (berbaring) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama perlawanan di Old Trafford. -

MANCHESTER United meneruskan momentum kemenangan dengan membenam Liverpool 3-0 di Old Trafford sebentar tadi.

Penyerang England Wayne Rooney membuka tirai jaringan seawal minit ke-12, sebelum Juan Mata menggandakan jaringan lima minit sebelum waktu rehat.

Anak didik Louis Van Gaal memulakan babak kedua tanpa belas kasihan, mengasak benteng Liverpool yang kian rapuh dan akhirnya ia runtuh, dibolosi gol hasil jaringan Robin Van Persie dalam minit ke-71.

Kemenangan itu membenarkan United merapat jurang dengan Manchester City dan Chelsea, yang memenangi perlawanan masing-masing semalam. Ia kekal di tempat ketiga dengan 31 mata, 10 mata di atas Liverpol di tangga ke-sembilan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg