Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MANCHESTER CITY BURU SEJARAH

Guardiola sudah boleh hidu 'treble'

Tinggal 3 perlawanan 3 piala
May 21, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pep Guardiola berkata pasukan bimbingannya, Manchester City, dapat bayangkan tiga kemenangan (treble) selepas menumpaskan Madrid untuk menempah tempat di final Liga Juara-Juara.



City menang 4-0 di Stadium Etihad untuk menang perlawanan separuh akhir kedua itu dengan agregat 5-1 awal pagi Khamis.



Kini City hanya tiga perlawanan sebelum menjulang Liga Perdana England (EPL) Ahad ini, Piala FA dan Liga Juara-Juara dalam satu musim.



Sebelum ini Guardiola telah berulang kali mengelak daripada memperkatakan tentang peluang merangkul tiga kejuaraan itu - yang sejauh ini hanya diraih Manchester United pada 1999.



Namun selepas membaham Madrid, pengurus City itu mengakui skuadnya telah mula memikirkan tentang peluang menempatkan nama kelab itu dalam buku sejarah.



"Biarkan kami menang dua kejuaraan pertama dulu. Dalam EPL kami semakin hampir kerana kami tahu yang kami hanya perlu menang satu perlawanan.



"Kami juga tahu yang kami akan berdepan jiran kami Manchester United dalam final Piala FA (3 Jun) dan kemudian Inter Milan dalam Liga Juara-Juara (11 Jun).



"Musim ini amat baik untuk kami dan kami hanya perlu pastikan yang kami dapat menjulang piala-piala itu. Kami hampir berbuat demikian dan kami akan berusaha.



"Kami dapat bayangkannya kerana hanya tiga perlawanan daripada merangkul kesemuanya itu.



"Satu bagi setiap perlawanan dan kami akan pasti merangkulnya," jelasnya.



Ahad ini pula, keputusan menang ke atas Chelsea bermakna pasukan pimpinan Guardiola itu akan merangkul kejuaraan EPL buat kali kelima dalam enam tahun, selepas mengatasi Arsenal di persada liga.



Perlawanan pada Ahad di Stadium Etihad menandakan perlawanan terakhir di tempat sendiri buat City dalam musim ini, sebelum dua pertemuan di padang lawan - Brighton dan Brentford.



Menurut laman The Sun, pegawai EPL akan ke Manchester pada Ahad ini sebagai persiapan majlis penyampaian trofi kepada City sekiranya mampu atasi pasukan pimpinan Frank Lampard itu. Namun City mungkin bergelar juara tanpa perlu menendang bola sekiranya Arsenal ditewaskan Nottingham Forest pada Sabtu.



Keputusan seri buat Arsenal bermakna City perlukan satu mata (keputusan seri) semasa menentang Chelsea.



Kemenangan buat City bermakna pasukan itu akan dapat menjulang trofi di hadapan para peminat mereka yang membanjiri Stadium Etihad.



Sekiranya begitu, maka ini tahun kedua berturut-turut buat City menjulang trofi di hadapan peminat mereka sendiri semasa di bawah pimpinan Guardiola.



Namun sekiranya mereka terlepas peluang menang kejuaraan semasa menentang Chelsea, maka kejuaraan itu akan disampaikan pada hari terakhir musim ini semasa City bertandang ke Brentford - tidak kira sekiranya kejuaraan dimenangi sebelum perlawanan tersebut.



Sekiranya kejuaraan ditentukan pada hari terakhir, satu versi replika trofi akan disampaikan di Stadium Emirates.



Kemenangan ke-11 City yang bermula sejak pertengahan Februari mendorong pasukan itu berada di atas Arsenal yang mula menunjukkan tanda kelesuan sejak beberapa minggu ini.



Satu kemenangan daripada lima perlawanan pada April seolah-olah menandakan bahawa Arsenal mula menyerahkan kedudukan teratas kepada City.



Meskipun kemenangan memberangsangkan ke atas Chelsea dan Newcastle, namun kekalahan mengejut 3-0 di tangan Brighton di Stadium Emirates pada Ahad lalu bagai melenyapkan impian Arsenal untuk menjadi juara.



Walau apa pun Guardiola berkata pasukannya perlu sentiasa bermain lebih baik berbanding semasa menentang Real Madrid dan ingin melihat pasukannya membuat serangan yang lancar.



City pernah tewas kepada Chelsea dalam final Liga Juara-Juara pertama mereka pada 2021.



Sementara itu, Inter Milan menang 1-0 ke atas AC Milan - memberikan jaringan agregat 3-0 ke atas lawan mereka itu pada Rabu.



Gol jaringan Lautaro Martinez pada minit ke-73 cukup membawa Inter ke final Liga Juara-Juara pada 10 Jun di Stadium Ataturk Olympic di Istanbul. - Agensi berita.




KEMENANGAN PALING BERKESAN



"Musim ini amat baik untuk kami dan kami hanya perlu pastikan yang kami dapat menjulang piala-piala itu (EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara). Kami hampir berbuat demikian dan kami akan berusaha.

Kami dapat bayangkannya kerana hanya tiga perlawanan daripada merangkul kesemuanya.''

- Pep Guardiola, pengurus Manchester City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >