Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Manchester United buat City menanti lagi

May 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji barisan pemainnya yang menangguhkan hasrat Manchester City untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana England (EPL) apabila bangkit melakar kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa, kelmarin.



Kekalahan akan menyebabkan United yang melalui satu daripada tiga perlawanan dalam tempoh lima hari, bakal menyaksikan City dinobat selaku juara liga.



Seteru setempat mereka itu tampak menghampiri impian itu selepas Bertrand Traore menjaringkan gol pembukaan untuk Villa pada pertengahan separuh masa pertama.



Bagaimanapun United kembali bangkit dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit di separuh masa kedua menerusi Bruno Fernandes yang menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti sebelum Mason Greenwood meletakkan United di hadapan.



United mengesahkan kemenangan hasil gol pemain gantian, Edinson Cavani tiga minit sebelum tamat perlawanan.



Kemenangan itu menyaksikan United ketinggalan 10 mata di belakang City selaku pendahulu dengan berbaki empat perlawanan liga.



Bagaimanapun United akan bertemu Leicester City dan Liverpool selepas ini dan kekalahan ke atas salah satu daripada perlawanan itu akan menyaksikan City dinobat juara liga.



"Keputusan yang bagus dan ia mengurangkan sedikit tekanan kerana dua perlawanan selepas ini adalah lawan yang sukar.



"Sekurang-kurangnya kami menangguhkan pesta 'pasukan biru'," kata Solskjaer yang juga berpuas hati dengan barisan pemainnya yang dapat menyesuaikan diri dengan jadual ketat.



Sementara itu, penyerang Everton Dominic Calvert-Lewin percaya mereka perlu kekalkan keyakinan mereka selepas gol dalam kemenangan 1-0 ke atas West Ham mengesahkan tempat mereka dalam saingan Eropah musim depan.



Setelah berada di tangga keempat liga pada akhir tahun ini, keputusan enam kemenangan dari 18 menyaksikan pasukan Toffees itu merosot ke tangga kelapan.



Everton kekal di tangga kelapan tetapi kini satu mata di belakang Tottenham Hotspurs di tempat ketujuh dan tiga di belakang West Ham di tempat kelima - dengan dengan kedua-dua kelab itu mempunyai kelebihan satu perlawanan.



Calvert-Lewin berkata: "Saya rasa setiap perlawanan menjadi lebih penting mulai sekarang hingga akhir musim, jadi kami harus terus percaya dan memulakan setiap perlawanan dengan kepercayaan kami boleh menang."



Pengendali Everton, Carlo Ancelotti menambah: "Ini adalah kemenangan penting, jika kami tidak menang di sini, kami akan terlepas beraksi di Eropah.



"Ada tekanan sebelum perlawanan, tetapi kami mengatur permainan kami dengan baik. Kami kekal bertahan dan benar-benar berbahaya dalam serangan balas."



Dalam perlawanan lain, West Bromwich Albion tersingkir dari EPL buat kali kelima selepas tewas 1-3 kepada Arsenal yang menghidupkan peluang tipis mereka untuk layak beraksi di pentas Eropah.



Skuad bimbingan Sam Allardyce mempamer aksi merosot dan kini sah akan beraksi di Liga Kejuaraan apabila kurang 10 mata dari zon selamat dengan berbaki tiga perlawanan lagi.



Kekalahan itu turut menyaksikan Allardyce mengalami penyingkiran pertamanya dalam saingan EPL sepanjang kerjaya pengurusannya.



"Ia belum terasa lagi, tetapi saya pasti saya akan bangun esok dan menyedari situasinya.



"Saya amat kecewa perjuangan kami sudah berakhir. Masalah utama kami adalah tidak menewaskan enam pasukan tercorot apabila bertemu mereka," kata Allardyce yang menggantikan Slaven Bilic pada Disember.



Kemenangan bagi Arsenal pula hadir hanya beberapa hari selepas mereka gagal ke final Liga Europa susulan keputusan seri tanpa jaringan menentang Villarreal yang dibimbing bekas pengendali Gunners Unai Emery.



"Kami memerlukan kemenangan ini. Sudah lama kami tidak menang di padang sendiri," kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >