Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Manchester United lancar jersi 'away' baru

Jul 16, 2019 | 11:23 AM
GAYA BARU UNITED: Marcus Rashford (kiri) dan Jesse Lingard menggayakan jersi 'away' baru Manchester United bagi musim 2019/2020.
GAYA BARU UNITED: Marcus Rashford (kiri) dan Jesse Lingard menggayakan jersi 'away' baru Manchester United bagi musim 2019/2020. - Foto adidas

Manchester United dan adidas Football telah melancarkan jersi 'away' baru kelab bola sepak itu bagi musim 2019/20.

Berbeza daripada jersi 'away' United yang biasanya menampilkan warna tradisional kelab itu, jersi baru itu memaparkan warna tema savana dan seni reka corak halus yang meraih inspirasi daripada mozek yang menghiasi daerah kreatif Manchester, iaitu Northern Quarter.

Dengan tema warna baru itu, jersi itu terus menggabungkan gaya dan sukan.

Jersi yang diperbuat daripada 100 peratus polyester itu turut menggunakan teknologi CLIMALITE yang menawarkan inovasi prestasi terbaik dan mampu memastikan kulit pemakai kekal kering walaupun berpeluh.

Jersi ini akan dipakai pemain semasa perlawanan 'away' mereka bagi musim 2019/20.

Pemain United dilihat memakai jersi itu buat kali pertama di padang bola sepak pada 13 Julai apabila pasukan Ole Gunnar Solskjaer itu menentang Perth Glory di Australia.

Jersi 'away' Manchester United itu boleh didapatkan menerusi adidas.com.sg, serta kedai adidas di Suntec City, Marina Bay Sands dan ION Orchard mulai 19 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg