Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Manchester United umum Erik ten Hag sebagai pengurus baru musim depan

Apr 21, 2022 | 08:32 PM



MANCHESTER: Erik ten Hag akan meninggalkan Ajax untuk menjadi pengurus Manchester United musim depan, demikian diumumkan kelab gergasi England itu pada Khamis (21 April).

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus pasukan utama lelaki, tertakluk kepada keperluan visa kerja, dari akhir musim ini hingga Jun 2025, dengan pilihan  melanjutkan kontrak selama satu tahun lagi,” kata United dalam satu kenyataan.

Beliau akan menggantikan pengurus sementara Ralf Rangnick, yang menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada November lalu. 

Pengurus Jerman itu akan  beralih ke peranan perunding cara di Old Trafford





Ten Hag, 52 tahun, akan menjadi pengurus tetap kelima United sejak Alex Ferguson bersara pada 2013.

“Ia adalah  satu penghormatan untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya sangat teruja dengan cabaran yang akan datang,” ujar rakyat Belanda itu.

“Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan semangat peminatnya, dan saya benar-benar berazam mahu membangunkan pasukan yang mampu memberi kejayaan yang sepatutnya mereka perolehi.” – AFP.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >