Premium
Mane 'bertuah' sebahagian trio berbisa Liverpool
Penyerang Senegal yakin 'The Reds' punyai skuad berkualiti untuk atasi Real Madrid
May 24, 2018 | 5:30 AM
WAJAH-WAJAH YAKIN: Sadio Mane (kiri) sempat berseloroh dengan rakan penyerang, Mohamed Salah, di padang latihan pasukan menjelang pertarungan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid. - Foto REUTERS -
LONDON: Penyerang Liverpool, Sadio Mane, berkata bahawa beliau seorang "budak bertuah" yang dapat beraksi di samping Mohamed Salah dan Roberto Firmino di barisan serangan berbisa Liverpool menjelang pertarungan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada Sabtu ini (2.45 pagi Ahad ini waktu Singapura).
Pemain penyerang asal Senegal itu menjaringkan 19 gol sejauh musim ini dan berharap dapat menambah jumlah itu apabila Liverpool berusaha menamatkan penguasaan Real dalam kejohanan berpestij Eropah itu sejak dua musim lalu.

