BAFOUSSAM (Cameroon): Sepakan penalti Sadio Mane dalam masa kecederaan akhirnya memadai untuk membantu Senegal yang beraksi hambar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Zimbabwe kelmarin dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika.
Kekalahan itu sukar untuk ditelan Zimbabwe, yang dianggap antara pesaing utama untuk menjuarai kejohanan antara negara-negara benua tersebut.
Namun, Mane dan rakan sepasukannya meraikan tiga mata pertama itu dengan penuh lega pada wisel penamat, terutama kerana Senegal telah memulakan pertandingan tanpa beberapa tonggak pasukan yang dijangkiti Covid-19.
Kapten Kalidou Koulibaly dan penjaga gawang Chelsea Edouard Mendy tidak dapat beraksi kerana diuji positif Covid-19 dan Senegal kurang menyakinkan walaupun berjaya merintis beberapa peluang jaringan.
Percubaan Mane juga diselamatkan awal dalam babak pertama ketika beliau merembat bola langsung ke arah penjaga gol Zimbabwe Petros Mhari yang beraksi cemerlang.
Namun, Mane akhirnya menjaringkan gol yang diidam-idamkan selepas Kelvin Madzongwe menyentuh bola dengan tangannya semasa cuba mengadang rembatan Pepe Gueye.
Mane, yang menyertai pertandingan ini selepas menyemarak semula form dengan Liverpool, tidak mensesiakan peluang keemasan sepakan penalti itu untuk kemenangan pasukannya.
Senegal menyertai kejohanan ini dengan memburu kejuaraan Piala Negara-Negara pertama, selepas mereka melangkah ke final tetapi tewas kepada Algeria pada 2019.
Namun beberapa kecederaan dan jangkitan Covid-19 bermakna hanya 17 pemain daripada skuad 28 pemain boleh dinamakan bagi perlawanan permulaan ini.
Dalam perlawanan Kumpulan B yang lain, Guinea memulakan kejohanan dengan kemenangan 1-0 ke atas Malawi yang bersemangat kelmarin.
Gol tunggal perlawanan tiba 10 minit sebelum wisel rehat melalui pemain bek kiri Issiaga Sylla.
Guinea, yang dipimpin kapten dan pemain midfield Liverpool Naby Keita, menyertai Senegal di puncak tangga kumpulan dengan tiga mata.
Sementara itu, rembatan Sofiane Boufal pada minit ke-82 memberi Maghribi kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh Kumpulan C Ghana dalam perlawanan pembukaan mereka.
Bekas pemain sayap Southampton itu paling tangkas berlari ke bola yang gagal dikawal sebelum melepaskan rembatan ke penjuru gawang.
Ia adalah detik kualiti yang jarang berlaku dalam perlawanan yang tanpa peristiwa menarik di Yaounde ketika pemenang empat kali Ghana mampu mematahkan lawan mereka.
Maghribi namun tidak mengalami sebarang masalah di saat-saat akhir perlawanan, menjamin kemenangan sulung mereka dalam kempen kali ini. - Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg