Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Mane wira Senegal; keputusan izin terus main selepas insiden 'laga kepala' timbulkan tengkarah

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



BAFOUSSAM(Cameroon): Senegal mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) tetapi persatuan bola sepak negara itu dan penganjur pertandingan kini dikutuk keras oleh penyokong dan pemerhati bola sepak selepas mereka membiarkan bintang Liverpool, Sadio Mane, terus beraksi walaupun selepas mengalami kecederaan di kepala.



Mane terkujur kaku di padang selepas bertembung dengan penjaga gawang Cape Verde, Vozinha - yang dikejarkan ke hospital - pada minit ke-53.



Namun, selepas Mane sedarkan diri, beliau dibenarkan meneruskan perlawanan dan selang 10 minit, menjaringkan gol pembuka tirai bagi pasukannya.



Menyusuli itu, Mane terbaring lagi di padang, dengan memegang kepalanya dan akhirnya dipapah keluar padang sebelum digantikan.



Pengurus Senegal, Aliou Cisse, berkata Mane telah dibawa ke hospital selepas perlawanan itu.



"Beliau rasa ingin pengsan, kepalanya berputar dan kami menghantarnya ke hospital," kata Cisse.



Beberapa jam selepas perlawanan itu, Mane telah menerbitkan gambar beliau dengan Vozinho di hospital, dan berkata mereka berdua berada dalam keadaan sihat.



Namun, kritikan terhadap Persatuan Bola Sepak Senegal dan penganjur Afcon masih belum reda, terutama di media sosial.



Seorang peminat berkata: "Mane menjaringkan gol walaupun mengalami kecederaan kepala. Beliau seorang wira, tetapi beliau seharusnya tidak dibenarkan beraksi selepas rebah dengan cara yang sedemikian."



Seorang lagi peminat yang menggunakan nama 'Yuri' pula berkata:



"Mungkin inilah namanya "bola sepak Afrika'... anda perlu bersikap berani dan tidak takut, walaupun mengalami kecederaan."



Seorang lagi penyokong pula berkata:



"Kita nantikan sahaja komen dari Liverpool mengenai cara Senegal dan Afcon melindungi pemain bola sepak."



Sehingga akhbar ini dicetak, kededua pihak persatuan bola sepak Senegal dan Afcon belum lagi mengulas mengenai insiden itu.



Masih belum diketahui juga, sama ada Mane dapat beraksi dalam perlawanan suku akhir pada Ahad ini.



Perlawanan antara Senegal dan Cape Verde itu, yang berakhir dengan kemenangan 2-0 bagi Senegal telah dimulakan dengan upacara bertafakur selama seminit bagi memperingati mangsa kejadian rempuhan di Stadium Olembe kelmarin, yang meragut lapan nyawa dan menyebabkan puluhan lagi cedera.



Semalam, Presiden Gabungan Bola Sepak Afrika, Patrice Motsepe, mengumumkan suku akhir pertandingan akan dipindahkan dari Stadium Olembe di Yaounde ke Stadium Ahmadou Ahidjo, juga di Yaounde. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >