Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Manifesto pasukan Lim Kia Tong janjikan 'perubahan di semua peringkat bola sepak'

Apr 01, 2017 | 09:30 AM



MEMBENTANGKAN manifesto pasukannya yang akan bertanding bagi pemilihan pucuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong malam tadi (31 Mac) menjanjikan pelbagai perubahan termasuk "cara sukan ini dimainkan, cara ia ditadbir dan cara ia dibiayai" dalam usaha membawa bola sepak di negara ini ke hadapan.

Menjanjikan "perubahan di semua peringkat sukan ini termasuk di peringkat akar umbi", Lim yang akan mengetuai pasukan seramai 15 anggota yang dinamakan 'Team LKT', turut menegaskan bahawa beliau telah berjaya mengumpulkan "orang-orang berjiwa bola sepak" yang mampu melaksanakan pelbagai perubahan yang dirancang itu demi menyemarakkan semula bola sepak Singapura.

"Segala yang tidak kena sebelum ini akan diubah, malah bola sepak di negara ini perlu menjalani perubahan untuk menjadi lebih baik... lebih baik dari segi hasilnya, pentadbiran, infrastruktur dan semua orang yang terlibat dalam sukan ini termasuk pemain, pegawai, jurulatih dan kelab-kelab," ujar Lim, yang juga seorang peguam, di sidang media yang berlangsung di Ital Motors di Lee Keng Road malam tadi.

Sidang media itu bertujuan memperkenalkan secara langsung kesemua 15 anggota 'Team LKT' di samping membentangkan manifesto pasukan itu menjelang pilihan raya penuh bersejarah FAS pada 29 April ini nanti. Mereka dijangka bersaing dengan pasukan yang dipimpin pengerusi kelab Liga-S, Hougang United, Bill Ng, yang menggelarkan pasukan mereka 'Game Changers'.

"Saya benar-benar yakin dengan keupayaan setiap anggota pasukan saya... ia satu gabungan yang seimbang antara tenaga veteran dengan muda yang memiliki kepakaran dalam bidang berbeza... nilai-nilai yang saya percaya dapat menyuntik kesegaran pada sukan ini," ujar Lim.

"Sebagai sebuah pasukan, kami semua berpengalaman dalam sukan ini dan tidak memerlukan masa untuk menjinak-jinakkan diri dengan masalah yang dihadapi. Sebaliknya kami boleh segera memulakan tugas menangani segala kekurangan itu,"tambah Lim, 64 tahun, yang juga merupakan presiden Majlis Sementara FAS.

Melakarkan manifesto 'Team LKT', Bernard Tan, yang dipilih Lim untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden, pula menggariskan 10 teras utama - termasuk menyuntik semangat baru pada bola sepak di peringkat akar umbi dan masyarakat serta memanfaatkan teknologi dan sains sukan - yang bakal mendapat perhatian pasukan itu sekiranya mereka memenangi undian itu nanti.

Bertemakan 'Perubahan, Inklusif dan Ketelusan', Tan menegaskan misi pasukannya - melaksanakan perubahan ketara di semua peringkat bola sepak serta merubah cara mendekati masyarakat besar bola sepak setempat.

"Kami percaya seluruh negara mempunyai peranan untuk membawa bola sepak ke tahap lebih tinggi dan kami ingin mewujudkan sebuah FAS yang bekerja sama dengan seluruh masyarakat untuk mempromosi dan membangunkan sukan ini," ujar Tan.

Dengan Lim dan Tan bersaing bagi dua jawatan utama presiden dan timbalan presiden, empat calon bagi jawatan naib presiden juga merupakan nama-nama yang berpengalaman dalam sukan ini - Teo Hock Seng (pengarah urusan kumpulan Komoco Motors), Edwin Tong (Anggota Parlimen GRC Marine Parade), S. Thavaneson (pengerusi Balestier Khalsa) dan Razali Saad (bekas kapten nasional).

Pasukan atau 'slate' seramai sembilan anggota itu turut menampilkan tiga calon bagi mengisi kerusi anggota majlis - Dinesh Nair (pengerusi Jawatankuasa Perubatan FAS), Forrest Li (pengasas portal permainan online, Garena) dan Darwin Jalil (pengurus pasukan kelab divisyen satu NFL, Eunos Crescent).

'Team LKT' turut menampilkan enam calon yang akan bersaing secara individu. Mereka ialah Lim Tong Hai (bekas kapten skuad nasional yang kini pensyarah kanan ITE), Sharda Parvin (pemain skuad wanita Tanjong Pagar United), Michael Foo (pengarah sukan kemasyarakatan Persatuan Rakyat), Rizal Rasudin (pengerusi kelab divisyen dua NFL, Admiralty CSC) , Kelvin Teo (ketua pegawai eksekutif Sembcorp) dan Yakob Hashim (bekas penjaga gawang nasional yang juga jurulatih kelab divisyen satu NFL, Yishun Sentek Mariners).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >