Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

OLIMPIK TOKYO

Mantan menteri Olimpik ketua baru Olimpik Tokyo

Feb 20, 2021 | 05:30 AM

TOKYO: Cik Seiko Hashimoto dilantik sebagai presiden baru Olimpik Tokyo, menggantikan Encik Yoshiro Mori, yang meletak jawatan selepas mengutarakan hujah yang dianggap menindas dan menghina wanita.

Mantan menteri Olimpik itu tujuh kali mewakili Jepun dalam Sukan Olimpik dan salah seorang daripada dua wanita dalam Kabinet Perdana Menteri Yoshihide Suga.

Encik Mori, 83 tahun, berkata wanita banyak cakap dan mesyuarat yang dihadiri ramai pengarah lembaga wanita selalunya berlanjutan.

Dewan Jawatankuasa Olimpik Jepun mempunyai 24 ahli, lima daripada mereka wanita.

Encik Mori telah memohon maaf bagi hujahnya itu selepas orang awam menggesa beliau mengundur diri, sambil berkata keutamaan sekarang ialah Olimpik Tokyo dijalankan Julai ini.

Berita Popular

Kelmarin, Cik Hashimoto berkata beliau telah melepaskan jawatannya sebagai menteri Olimpik untuk mengambil jawatan baru sebagai ketua Sukan Olimpik Tokyo.

Bercakap kepada media, Cik Hashimoto menegaskan beliau mahu membentuk warisan Sukan Olimpik Tokyo sebagai sebuah masyarakat yang menerima individu tanpa mengira jantina, kecacatan, bangsa, atau orientasi seksual.

"Saya yakin temasya sukan Olimpik ini akan menarik lebih banyak perhatian berkaitan kesaksamaan jantina, dan dalam hal ini saya bertekad mendapatkan kembali kepercayaan, dengan usaha sepenuhnya," katanya, yang lahir beberapa hari sebelum Olimpik Tokyo 1964.

"Sebagai seseorang yang ada latar belakang atletik, saya akan memastikan penganjuran Sukan Olimpik ini dijalankan dengan selamat bagi atlet dan juga rakyat Jepun."

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengalu-alukan pelantikan beliau dengan presidennya Thomas Bach berkata Cik Hashimoto pilihan terbaik dan pengalaman politiknya akan "membantu memastikan acara sukan ini dijalankan dengan selamat dan berjaya".

Sukan Olimpik Musim Panas akan bermula pada 23 Julai, setelah ditunda tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map