Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain harapan

Jun 20, 2021 | 5:30 AM
Manuel Locatelli. - Foto EPA-EFE
Manuel Locatelli. - Foto EPA-EFE -

Manuel Locatelli (Italy)

`SETELAH menjaringkan dua gol menentang Switzerland, pemain 'midfield' Sassuolo itu kelihatan sebagai kunci kepada kejayaan Italy.

Dalam kemenangan 3-0 itu, Locatelli, 23 tahun, menyelesaikan 90 peratus hantarannya, mencipta satu peluang dan membuat dua pintasan.

Aaron Ramsey (Wales)

PEMAIN Juventus ini adalah tunggak utama 'midfield' Wales.

Sekiranya Ramsey (kiri) dapat membantu pasukan dengan satu lagi persembahan yang cemerlang seperti dalam kemenangan 2-0 ke atas Turkey Khamis lalu, Wales mungkin dapat mencabar Italy esok.

Ramsey, 30 tahun, pernah terpilih dalam pasukan terbaik Euro 2016.

Breel Embolo (Switzerland)

PENYERANG Borussia Mönchengladbach ini dikenali dengan kekuatan dan kepantasannya memegang bola dan melepasi pemain pertahanan.

Embolo (atas), 24 tahun, menjaring gol sulungnya menentang Wales pada perlawanan pembukaan Euro 2020 Switzerland dan akan bertekad untuk menjaringkan lebih banyak gol lebih-lebih negaranya memerlukan kemenangan esok.

Caglar Soyunchu (Turkey)

SELEPAS dibolosi enam gol dalam dua perlawanan, Turkey akan mengharapkan Soyuncu untuk memberi inspirasi kepada pasukan dalam memaparkan persembahan yang lebih mantap.

Pemain bek tengah Leceister City yang tinggi dan tegap itu akan mahu menggunakan pengalamannya dalam Liga Perdana untuk mengatasi ancaman Switzerland.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg