Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Maradona dilantik jurulatih kelab Mexico

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



MEXICO CITY: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, telah dilantik selaku jurulatih pasukan kelab divisyen dua Mexico, Dorados de Sinaloa.



Bekas bintang Argentina yang memenangi Piala Dunia bersama pasukan negaranya pada 1986 turut berpengalaman mengurus pasukan tersebut antara 2008 dengan 2010.



Kelab terakhir yang disertainya merupakan sebuah pasukan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Fujairah, yang berakhir April lalu.



Akhbar-akhbar Mexico mendakwa Maradona, 57 tahun, telah diambil bagi menggantikan jurulatih pasukan itu, Francisco Gamez, yang dipecat kelmarin.



Kelab tersebut turut mengeluarkan sebuah video ringkas dalam saluran media sosial mereka dengan mesej, 'Selamat Datang Diego & Jadikannya Yang Ke-10' - sejajar dengan nombor jersi Maradona semasa menjadi seorang pemain.



Maradona antara lain pernah bermain untuk Argentinos Juniors, Boca Juniors, Barcelona dan Napoli semasa era kecemerlangannya.



Beliau turut menyemarakkan Piala Dunia 1986 yang dimenangi Argentina. Gol solonya semasa menentang England telah pun dipilih sebagai 'Gol Terbaik Abad Ini'.



Beliau juga merupakan jurulatih pasukan Argentina semasa ia menyertai Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.



Sementara itu, pasukan Dorados yang dibentuk pada 2003 pernah mempunyai pemain seperti Pep Guardiola - yang merupakan jurulatih Manchester City - selama enam bulan pada 1996. - BBC




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >