Premium
Maradona jalani pembedahan keluar darah beku di otak
Nov 5, 2020 | 5:30 AM
BUENOS AIRES: Ikon bola sepak dan legenda Argentina Diego Maradona telah menjalani 'pembedahan rutin' untuk mengeluarkan darah beku di otaknya, kata doktor beliau.
Maradona, 60 tahun, dimasukkan ke klinik Ipensa di Buenos Aires pada Isnin lalu di mana beliau didapati kekurangan cecair dan mengalami anemia.

