Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maraton Singapura: Pelari dari Briton meninggal dunia lepas rebah

Dec 05, 2016 | 08:11 AM



SEORANG pelari berusia 29 tahun meninggal dunia semasa  separuh maraton acara Maraton Standard Chartered Singapura pada Ahad (4 Dec).



Ia tragedi kedua di acara tahunan itu dalam tahun-tahun kebelakangan ini.



John Gibson, seorang rakyat Britain yang tinggal di Hong Kong, dikatakan rebah sebelum 6.30 pagi kira-kira satu kilometer dari garisan penamat di Padang.



Penganjur perlumbaan mengatakan beliau diberi rawatan dengan segera dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), tetapi meninggal dunia. Punca kematian belum dipastikan.



Bapa mendiang, Robert, memberitahu akhbar The Straits Times anaknya seorang atlet serius dan malah menyertai dua triatlon tahun ini.



"Amat mengejutkan buat kami yang John rebah dan meninggal dunia," kata Robert.



"Beliau kelihatan dalam keadaan fizikal sangat baik, dan menyempurnakan triatlon Paris dan London pada waktu yang baik awal tahun ini. Beliau kerap berlari."



Menurut kakaknya, Fredel, mendiang menjalani pemeriksaan seluruh badan hanya beberapa bulan lalu, dan disahkan sihat.



Gibson dilahirkan di Hong Kong dan tinggal di sana hingga usia 17 tahun. Beliau belajar di Sekolah Ekonomi London hingga mendapat ijazah kepujian kelas pertama dalam matematik dan ekonomi.



Mendiang kemudian bekerja sebagai akauntan di London sebelum melanjutkan pelajaran bagi ijazah sarjana dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika.



Beliau pulang ke Hong Kong hanya dua bulan lalu, untuk berada lebih dekat dengan keluarganya dan meneruskan kerjayanya di sana.



Bapanya mengucapkan terima kasih kepada Geoff Meyer, pengarah urusan penganjur perlumbaan Ironman Asia, kerana sokongan yang diberi berikutan kejadian itu, dan juga doktor di SGH.



"Kami mendapat tahu daripada mereka tentang sokongan perubatan cemerlang untuk cuba menyelamatkan John selepas dia rebah," katanya.



Ironman Asia dan Sport Singapore mengeluarkan kenyataan berasingan pada Ahad untuk menyampaikan takziah dan mengatakan mereka akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada keluarga Gibson.



Ini kematian kedua dalam acara maraton itu.



Pada 2011, Malcolm Sng, 22, rebah di garisan penamat separuh maraton. Satu perbicaraan koroner kemudian memutuskan mahasiswa itu meninggal akibat kelemahan koronari akut dan mempunyai arteri koronari tidak normal yang tidak dikesan sebelum itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >