Premium
Mardan masih mahu saing dengan 'jaguh muda'
Jaguh golf negara tekad kekal aktif dalam Jelajah Asia sekalipun ada pilihan sertai Jelajah Senior Jepun
Mar 1, 2020 | 5:30 AM
BELUM SEDIA TUKAR HALUAN: Kejayaan Mardan di kejohanan senior anjuran Persatuan Golf Profesional Singapura (SPGA) yang dianjurkan di Palm Springs, Batam, bulan lalu menunjukkan bahawa beliau berpeluang mencatatkan keputusan baik jika memberikan tumpuan pada Jelajah Senior. - Foto fail -
BELIAU sudah pun mengharungi tahun ke-25 sebagai pemain golf profesional.
Justeru, bekas pemain nombor satu negara, Mardan Mamat, kini berada di 'persimpangan' - kini berusia 52 tahun, Mardan boleh sahaja dengan mudah melayakkan dirinya untuk bersaing dalam Jelajah Senior tetapi tarikan Jelajah Asia (di mana beliau telah beraksi dalam hampir 450 kejohanan sejauh kerjayanya ini) serta kejohanan serantau lain menjadi tarikan baginya mengekalkan fokusnya dan terus bersaing dengan "jaguh-jaguh muda lain".

