Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK BELIA (YOG)

Marsha beralih ke sukan luncur air wakili S'pura

Oct 02, 2018 | 05:30 AM



LANGKAH persediaan menjelang Sukan Olimpik Belia (YOG) sudahpun dilakukannya sejak beberapa tahun yang lalu.



Sejak mula berkecimpung dalam sukan kapal layar sejak usianya enam tahun, Marsha Shahrin sudahpun bertekad dan mendamba untuk mewakili Singapura di pentas dunia.



Meskipun perlu mengharungi pelbagai cabaran dalam mencapai impiannya itu, atlit muda negara berusia 17 tahun itu telah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah menyerah kalah.



Kegagalan melayakkan diri ke temasya Sukan Asia 2014 dan Sukan SEA 2015 bukanlah satu penghalang, bahkan, ia menjadi pembakar semangat untuk terus mengejar impiannya itu.



Justeru, penggiat sukan air itu mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam aksi sukan luncur angin ketika Pesta Olimpik Belia Singapura (SYOF) 2015.



"Sebab saya beralih ke sukan luncur angin ialah kerana, setelah gagal melayakkan diri untuk ke Sukan Asia dan Sukan SEA, selepas berlatih dengan gigih, tahap keyakinan saya menurun dengan mendadak.



"Saya tidak mempunyai motivasi untuk terus berlayar di kelas Optimist untuk sukan kapal layar kelas Optimist.



"Selain itu, saiz ketinggian dan berat badan saya juga merupakan sebab mengapa saya membuat keputusan untuk menukar sukan, dan memberi perhatian sepenuhnya kepada sukan luncur angin ini," tambah beliau.



Sejak itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang, malah bangga dengan keputusan yang diambilnya itu.



Berkat kegigihan serta semangat yang tidak luntur, Marsha terus mengukir nama dalam sukan tersebut.



Minggu ini, pelajar tahun pertama Raffles Institution (RI) itu bakal merasakan debaran bertanding dalam temasya sukan sedunia untuk para belia. Beliau akan bertanding dalam perlumbaan sukan luncur angin kategori Techno293+.



Beliau merupakan antara 18 atlit muda negara yang terpilih mewakili Singapura di YOG tahun ini.



Beliau berjaya memperolehi tempat untuk mewakili Singapura di YOG pada Februari lalu, selepas menduduki tempat kelapan daripada 21 pesaing di Kejohanan Sukan Luncur Angin Terbuka Singapura.



Mengulas tentang pencapaiannya itu, jelas Marsha tidak dapat menahan kesabarannya untuk beradu bakat dengan atlit muda sukan luncur angin lain.



"Saya tidak dapat mengungkapkan apa yang saya rasakan sekarang ini selain berasa sungguh gembira. Impian untuk bertanding dalam sebuah temasya sukan utama akhirnya tercapai dan bagi saya YOG menjadi batu loncatan bagi saya untuk ke sukan Olimpik suatu hari nanti," kata Marsha yang berlepas bersama kontinjen negara ke Argentina malam ini.



YOG yang kini berada di edisi ketiga akan berlangsung di Buenos Aires, Argentina, dari 6 hingga 18 Oktober ini.



Ia akan menampilkan 4,000 atlit berusia antara 15 hingga 18 tahun dari sekitar 173 negara.



Sebanyak 32 sukan akan dipertandingkan di temasya sukan tersebut.



Seperti sukan Olimpik, ia juga diadakan setiap empat tahun.



Mengongsi kekuatannya, Marsha berpendapat bahawa beliau merupakan seorang yang tidak mudah melupakan apa yang telah dipelajari terutama ketika latihan.



Ia merupakan satu kelebihan buat dirinya dan ia telah terbukti berkesan sebelum ini.



"Pernah ketika satu perlumbaan, saya berada di belakang semua pesaing lain.



"Ketika itulah, saya teringat satu teknik yang pernah diajar dan saya terus memanfaatkan teknik itu dalam perlumbaan tersebut.



"Tanpa saya sedari, saya berjaya memintas beberapa pesaing lain dan akhirnya menghabiskan perlumbaan di tempat sepuluh teratas," katanya.



Meskipun YOG merupakan pertandingan sulungnya dalam temasya sukan antarabangsa, Marsha telah menetapkan matlamat melayakkan diri dan bertanding dalam Sukan Olimpik 2024.



Menurut beliau, sasaran untuk ke sukan Olimpik 2024 lebih realistik kerana ia memberinya lebih banyak masa untuk membuat persediaan.



"Selepas YOG, saya akan memberi tumpuan kepada pelajaran kerana akan menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' tahun depan.



"Oleh itu, untuk ke sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun mungkin terlalu awal, jadi saya akan terus mencuba untuk ke sukan Olimpik seterusnya," ujar beliau.




TEMASYA SUKAN OLIMPIK BELIA (YOG) KE-3 2018



Tarikh: 6 hingga 18 Oktober 2018



Negara tuan rumah: Buenos Aires, Argentina



Jumlah sukan yang akan dipertandingkan: 32



Jumlah atlit bertanding: sekitar 4,000 atlit muda dari 173 negara




SENARAI ATLIT SINGAPURA KE YOG 2018



1) Tamara Anika Ong, 15 tahun (Gimnastik)



2) Jaslyn Hooi, 17 tahun (Badminton)



3) Joel Koh, 17 tahun (Badminton)



4) Matthew Lim, 16 tahun (Lawan Pedang)



5) Alexander Lim, 16 tahun (Kapal Layar)



6) Chia Teck Pin, 16 tahun (Kapal Layar)



7) Sophia Meyers, 15 tahun (Kapal Layar)



8) Marsha Shahrin, 17 tahun (Kapal Layar)



9) Amanda Mak, 17 tahun (Menembak)



10) Mark Chan, 18 tahun (Panjat Tembok)



11) Christie Chue, 18 tahun (Renang)



12) Gan Ching Hwee, 15 tahun (Renang)



13) Maximilian Ang, 17 tahun (Renang)



14) Ong Jung Yi, 17 tahun (Renang)



15) Goi Rui Xuan, 17 tahun (Tenis Meja)



16) Koen Pang, 16 tahun (Tenis Meja)



17) Kampton Kam, 17 tahun (Padang & Balapan)



18) Emma Middleditch, 16 tahun (Triatlon)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >