Topik diikuti
Pergi ke BHkuMartinez: Kami 'dirompak' pengadil
Everton raih satu mata walau dua kali mendahului Chelsea dalam perlawanan penuh drama
Jan 18, 2016 | 5:30 AM
Martinez: Kami 'dirompak' pengadil
LONDON: Pengurus Everton, Roberto Martinez, meninggalkan Stamford Bridge dengan marah selepas kemenangan diragut daripada genggaman pasukannya di masa kecederaan perlawanan dengan Chelsea semalam.
Pengadil membenarkan gol John Terry yang dijaringkannya dari posisi ofsaid pada minit ke-98, dalam perlawanan Liga Perdana England penuh drama yang berakhir 3-3.