Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KESAN PERANG RUSSIA-UKRAINE

Masa depan Chelsea jadi tanda tanya

Hasrat Abramovich jual kelab 'tergantung'
Aset hartawan Russia termasuk pemilikan kelab Stamford Bridge dibeku Britain sebagai langkah sekatan susuli pencerobohan Russia ke atas Ukraine
Mar 12, 2022 | 07:16 AM



LONDON: Percubaan Roman Abramovich untuk menjual Chelsea 'tergantung' selepas jutawan berpengaruh itu dikenakan sekatan oleh pemerintah Britain menyusuli pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Warga Russia itu telah menawarkan Chelsea, juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, untuk dijual selepas cadangan ditimbulkan di Parlimen Britain supaya beliau dan beberapa jutawan dari Russia di Britain dikenakan sekatan perniagaan.



Ini termasuk membekukan aset Abramovich, termasuk Chelsea, yang bermakna kelab itu kini tidak boleh menjual tiket perlawanan.



Tindakan itu bertujuan menyekat Abramovich daripada meraih keuntungan menerusi Chelsea.



Namun, kerajaan telah memberikan lesen khas kepada Chelsea, yang membolehkan kelab itu memenuhi jadual perlawanan, membayar kakitangannya dan supaya pemegang tiket musiman dapat terus menyaksikan perlawanan di stadiumnya di Stamford Bridge.



Chelsea berkata ia berhasrat mengadakan perbincangan dengan kerajaan British dan akan merayu supaya beberapa perubahan dibenarkan di bawah lesen khas itu supaya ia boleh menjalankan operasi hampir seperti biasa.



Dalam pada itu, penaja jersi kelab itu, syarikat perhubungan Three, telah memohon supaya perjanjiannya dengan kelab itu digantung buat sementara waktu.



Ia meminta jenamanya digugurkan dari jersi pasukan dan di serata stadium sehingga notis lanjut.



Ia menambah:



"Kami sedar perbuatan ini akan menjejas ramai penyokong Chelsea yang mengikuti pasukan dengan bersungguh-sungguh.



"Namun, kami yakin ini adalah perkara yang wajar dilakukan, memandang keadaan sekarang dan setelah mengambil kira sekatan kerajaan yang dilaksana."



Dalam tempoh sekatan ke atas Abramovich ini, Chelsea dilarang membeli atau menjual pemain, atau menawarkan kontrak baru kepada pemainnya.



Pemain Chelsea yang kini dipinjamkan kepada kelab lain masih dibenar beraksi bagi kelab masing-masing.



Gerai menjual cenderahati yang dimiliki Chelsea di London telah ditutup.



Bekas pemain Chelsea, Pat Nevin, yang kini menjadi juruanalisis bola sepak, berkata:



"Kesan sekatan ini mempunyai jangkauan jauh... kita tidak tahu bagaimana ia akan berakhir.



"Bagi saya, masa depan kelab ini kini menjadi tanda tanya."



Difahami, kerajaan Britain masih terbuka untuk memperuntuk lesen khas bagi 'lampu hijau' membenarkan kelab itu dijual kepada pemilik baru.



Satu syarat yang boleh menggerakkan perkembangan itu adalah jika Abramovich - antara orang terkaya di Russia yang mempunyai hubungan rapat Presiden Russia Vladimir Putin - tidak menerima sebarang wang hasil penjualan Chelsea.



Sebelum ini, Abramovich telah berkata keseluruhan hasil penjualan akan didermakan kepada mangsa perang Ukraine.



Kelmarin, sekitar 20 pihak berasingan berkata mereka berminat membeli kelab itu dan minat mereka tidak pudar walaupun Abramovich telah dikenakan sekatan perniagaan.



Namun, firma pelaburan dari Amerika Syarikat, Raine Group - yang sedang mengendalikan penjualan Chelsea - terpaksa menghentikan sebarang urus niaga menyusuli pengumuman mengenai sekatan terbaru ke atas Abramovich.



Setiausaha Kebudayaan Britain, Nadine Dorries, berkata kerajaan komited melindungi Chelsea.



"Kelab bola sepak adalah aset kebudayaan dan sumber kekuatan masyarakat kami," kata beliau.



"Saya tahu keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan tetapi pemerintah akan bekerjasama dengan liga dan kelab-kelab untuk memastikan bola sepak terus dimainkan walaupun adanya sekatan untuk menjejas pihak yang disasarkan."



Bercakap kepada BBC, Dorries berkata:



"Abramovich mempunyai hubungan dengan Putin, yang kini sedang melancarkan serangan kejam ke atas rakyat Ukraine.



"Kami menyokong rakyat Ukraine dan saya tahu sekatan ke atas Abramovich mempunyai kesan yang bertindih.



"Namun, perbuatan Abramovich juga mempunyai kesannya sendiri." - Agensi berita.




KESAN SEKATAN KE ATAS CHELSEA



DIBENARKAN:



- Meneruskan jadual perlawanan

- Menerima bayaran hasil penjualan hak penyiaran

- Pemegang tiket musiman menyaksikan perlawanan di stadium



DILARANG:



- Beli pemain baru

- Perbarui kontrak baru pemain

- Jual tiket baru bagi perlawanan

- Jual cenderahati

- Jual kelab (kecuali jika Abramovich membenarkan pemerintah Britain mengambil alih proses penjualan dan beliau tidak mengambil sebarang hasil penjualan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >