Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masalah peribadi tidak patahkan semangat Nazri

May 01, 2016 | 05:30 AM



SEBAGAI pemain dan kini jurulatih bola sepak, Nazri Nasir (gambar atas) tidak mudah lentur apabila berdepan dengan pasang surut kehidupan.



Semasa mula-mula berkecimpung sebagai pemain nasional dalam usia 21 tahun pada 1991, Nazri terlibat dalam satu kemalangan motosikal yang serius hingga doktor menyatakan beliau mungkin tidak lagi dapat bermain bola.



Tulang selangka, tulang pinggul dan beberapa lagi tulangnya patah dan cedera parah.



Namun, dengan semangat yang tidak mudah mengaku kalah, Nazri, yang menyarung jersi pasukan nasional selama 15 tahun, dapat berjalan semula selepas hanya empat hari berada di hospital, walaupun doktor berkata beliau mungkin hanya dapat berbuat demikian selepas dua minggu.



Enam bulan kemudian, ramai pula terkejut apabila Nazri kembali ke padang, meskipun jangkanya beliau dapat pulih sepenuhnya sekurang-sekurangnya setahun lagi.



Nazri menganggap sifat positifnya mendorong beliau bangkit secepat mungkin selepas menghadapi musibah itu.



Ketika beliau menjadi pembantu jurulatih pasukan LionsXII pada dua musim lalu, ramai juga mungkin tidak mengetahui bahawa Nazri semasa itu juga menghadapi satu lagi cabaran peribadi, mungkin yang terhebat dalam hidupnya.



Di sebalik raut wajahnya yang serius dan tegas semasa bertugas, krisis peribadi itu menyentak kehidupannya.



Waktu itu mukanya cengkung dan badannya kurus, kerana tersirat di hatinya perasaan berkecamuk yang amat tertekan akibat masalah rumah tangga yang dihadapinya.



Krisis itu berakhir dengan perceraian pada Januari tahun lalu, tetapi Nazri enggan menjelaskan punca perceraian itu.



Istana yang dibinanya selama 21 tahun berkecai, namun selepas lebih setahun sudah berlalu, bekas kapten nasional berusia 45 tahun itu kini mahu melupakan kisah lama itu. Sebaliknya Nazri berazam mahu memulakan lembaran baru.



Beliau berazam meneruskan kehidupan dan kerjayanya dengan lebih bersemangat demi masa depan lebih cerah buat beliau dan empat anaknya.



Ini meskipun tugas baru yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sekarang ini mungkin tidak sehebat melatih pasukan LionsXII, bahkan ia mungkin 'lebih rendah peringkatnya' berbanding Liga Super Malaysia (MSL).



Nazri kini memimpin pasukan Akademi Bola Sepak Nasional (NFA) di bawah usia 16 tahun.



"Masalah peribadi adalah masalah peribadi. Saya melupakannya apabila saya turun ke padang, sama ada sebagai pemain atau sekarang sebagai jurulatih.



"Saya sentiasa memberikan khidmat 100 peratus, dan ini tidak berubah meskipun dengan masalah yang saya hadapi," kata Nazri semasa membuka ceritanya kepada Berita Minggu baru-baru ini.



Menurutnya, cinta beliau kepada bola sepak mendorongnya meneruskan kerjaya dan kehidupan, dan beliau tidak mudah menyerah kalah.



"Cinta saya kepada bola sepak mendorong saya. Ia memberi perangsang kepada saya melakukan yang lebih baik - sebagai pemain, saya mempunyai sikap yang tidak mudah menyerah kalah.



"Saya rasa sikap ini saya amalkan dalam kerjaya jurulatih saya dan dalam kehidupan peribadi saya," tambah beliau.



Memandang ke hadapan, Nazri berkata anak-anaknya menjadikan beliau lebih berazam meneruskan kehidupan dengan lebih bersemangat dan positif.



"Anak-anak saya mendorong saya. Kehidupan perlu diteruskan, dan saya bertanggungjawab memberi mereka yang terbaik dan termampu tidak kira apa yang berlaku," katanya yang mempunyai anak berusia antara 12 dengan 19 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >