Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG LIGA PERDANA SINGAPURA 2023

Masalah Sailors, cabaran SPL 'takde benda' pada jurulatih Vidakovic

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



KETUA jurulatih baru Lion City Sailors, Risto Vidakovic, akan memulakan musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2023 dengan skuad yang banyak diubah.



Skuad itu kehilangan dua daripada empat pemain asingnya, sedang liga itu semakin kompetitif dengan kepulangan juara 2019, Brunei DPMM.



Vidakovic, yang dilantik pada Disember 2022, adalah ketua jurulatih tetap ketiga Sailors selepas Aurelio Vidmar dan Kim Do-hoon, yang memenangi kejuaraan SPL sulung Sailors pada 2021.



Beliau pernah menjadi jurulatih di Malaysia, Indonesia dan Filipina, memenangi tiga kejuaraan Liga Bola Sepak Filipina berturut-turut dari 2017 hingga 2019 bersama Ceres-Negros.



Walaupun Sailors mengalami banyak perubahan, warga Serbia berusia 54 tahun itu tetap tidak risau. Lagipun, sebagai seorang pemain, beliau pernah terpaksa melarikan diri daripada peperangan.



Mengimbau masanya sebagai pemain berusia 22 tahun di FK Sarajevo di ibu negara Bosnia dan Herzegovina, Vidakovic berkata: "Satu hari, saya bangun daripada tidur dan mendapati ada pengeboman di bandar.



"Saya meninggalkan semua barang di apartmen saya dan saya meninggalkan bandar itu dengan hanya $100 di dalam poket saya. Ia mengenai kelangsungan hidup."



Bekas bek tengah Real Betis itu juga mendapat sambutan mengejutkan ketika beliau memegang jawatan ketua jurulatih pertamanya pada 2009 di Ecija Balompie di peringkat ketiga Divisyen Segunda B.



Lima belas hari sebelum musim bermula, kelab itu hanya ada seorang pemain dek masalah kewangan. Vidakovic akhirnya merekrut ejen bebas dan memimpin kelab itu ke kedudukan separuh atas liga tersebut.



Pengalaman sedemikian memberinya perspektif tertentu. Tidak hairanlah beliau tidak sabar untuk menggesa pemain barunya supaya bersyukur dan menikmati pekerjaan mereka.



Sambil menunjuk ke sekelilingnya di pusat latihan Sailors yang bernilai $10 juta di Mattar Road, Vidakovic berkata: "Pemain di sini perlu menikmati pekerjaan mereka. Mereka mempunyai segalanya di sini dan diberi keistimewaan untuk berada di kelab ini.



"Saya tahu bagaimana rasanya mempunyai pemain yang berada dalam situasi sukar, bekerja tanpa gaji. Di sini, tidak ada masalah sama sekali. Saya akan memberitahu mereka supaya fokus pada kerja dan bergembira."



Walaupun berbelanja besar, kelab itu mengharungi kempen mengecewakan pada 2022. The Sailors kehilangan kejuaraan SPL kepada Albirex dan tersingkir daripada Piala Singapura pada peringkat kumpulan.



Tambahan pula, kelembapan ekonomi melanda pemilik kelab itu, Sea Limited.



Ini bermakna sekurang-kurangnya 10 pemain pasukan utama dilepaskan manakala beberapa kakitangan serta ketua eksekutif Chew Chun-Liang juga meninggalkan kelab itu.



Namun, penjaga gawang Zharfan Rohaizad, pemain pertahanan Lionel Tan, bek sayap Christopher van Huizen, pemain sayap Shawal Anuar dan gandingan Young Lions Abdul Rasaq dan Danish Qayyum telah direkrut.



The Sailors memulakan kempen SPL mereka pada 24 Februari menentang Tanjong Pagar United.



Di sebalik perubahan besar yang dihadapi kelab itu, Vidakovic bertekad memimpin pasukan barunya ke arah kemenangan semula.



"Saya di sini bukan untuk mencari sebab kelab ini tidak menang tahun lepas. Saya di sini untuk membina pasukan baru, gaya permainan baru dan menyediakan pasukan yang akan bersaing bagi kedudukan tertinggi," ujar Vidakovic. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >