Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Mastura cari sasaran

Srikandi menembak negara kekal fokus dalam usaha bawa pulang pingat Sukan SEA
May 06, 2022 | 05:30 AM



SUDAH lebih dua tahun beliau tidak berpeluang 'mengukur' keupayaannya bertanding di kejohanan luar negara akibat pandemik Covid- 19.



Apatah lagi, impian srikandi menembak Singapura bagi acara 'trap', Siti Mastura Rahim, untuk mewakili negara di Piala Dunia Menembak Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) musnah selepas ia dibatalkan atas sekatan sempadan ketika itu.



Namun, segala itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk kekal bertanding.



Malah, Mastura mengatakan bahawa beliau kerap beraksi bersama rakan sepasukannya di Pusat Menembak Nasional (NSC) di Old Choa Chu Kang Road demi mempersiapkan diri untuk panggilan pertandingan seterusnya.



"Kami (penembak negara) mempunyai pertandingan yang dianjurkan secara bulanan supaya kami dapat kekalkan prestasi.



"Melalui pertandingan ini, saya dapat memantau tahap prestasi dan apa yang yang perlu diberi perhatian meskipun kekal kompetitif di kalangan kami sendiri," ujar Mastura yang juga bergelar doktor sebagai Pendaftar Kanan di Jabatan Pembedahan Ortopedik di Hospital Besar Changi (CGH).



Selain sibuk menjadi petugas di barisan hadapan sewaktu wabak Covid-19, Mastura, 33 tahun, turut mendedahkan cabaran besar mempersiapkan diri sambil berpuasa untuk temasya Sukan SEA di Hanoi yang akan dibuka secara rasmi pada Khamis depan.



"Acara kami memerlukan banyak tenaga mental dan fokus. Walaupun perlu kekal fokus, tahap tenaga kita juga penting.



"Dan apa sahaja yang mengganggu fokus anda, ia perlu diketepikan kerana sebarang gangguan boleh menjejaskan keupayaan anda untuk melepaskan tembakan tepat ke sasaran.



"Jurulatih ada mengatakan prestasi saya semasa latihan agak menggalakkan tetapi sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan, saya tidak mudah berpuas hati," katanya yang pernah mewakili negara di temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, pada 2018.



Mastura turut berharap dapat berjaya "menemui sasaran" dan membawa pulang sebutir pingat buat negara di Sukan SEA ini walaupun acaranya itu tidak dianggap sebagai acara teras sukan menembak di rantau ini.



"Acara 'trap' ini tidak begitu popular... ia juga sering tidak dipertandingkan di peringkat Sukan SEA.



"Jadi, saya tidak mahu sesiakan peluang bila beraksi di Vietnam nanti... tentu sekali saya akan sentiasa berusaha mencatatkan yang terbaik dan berharap menduduki tiga tangga teratas di dalam acara itu.



"Sememangnya siapa yang tidak mahu pingat emas... saya tidak mahu meletakkan tekanan berlebihan ke atas diri sendiri... tetapi saya percaya dengan kebolehan saya untuk mencapai sasaran saya," katanya.



Mastura akan membuat penampilan sulungnya di Sukan SEA dan beliau mendedahkan tidak sabar untuk rasakan keghairahan suasana pertandingan itu nanti.



"Saya teruja nantikan perasaan... ghairah pun ada, gementar pun ada apabila melepaskan tembakan pertama itu nanti.



"Ia suatu perasaan yang sukar digambarkan... yang pasti, ia perasaan yang hebat terutama di medan persaingan.



"Saya juga tidak sabar mahu bertemu semula dengan rakan atlet lain dari rantau ini kerana sudah lama kami tidak bertanding dan ini adalah peluang baik untuk menjalin persahabatan semula secara fizikal," ujar beliau.



Di temasya Sukan SEA Filipina pada 2019, skuad menembak negara pulang dengan lima pingat (sebutir perak dan empat gangsa).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >