BRUSSELS: Dunia sukan segera 'bersatu' dan melahirkan perpaduan bersama mangsa korban dalam serangan pengganas terbaru di ibu kota Belgium ini kelmarin - kejadian berdarah yang mungkin memporak-perandakan pelbagai acara sukan yang sudah pun dirancangkan di negara ini.
"Gerun dan menjijikkan. Sekali lagi nyawa yang tidak berdosa terkorban. Ingatan saya pada keluarga mangsa," ujar kapten skuad bola sepak Belgium, Vincent Kompany, melalui Twitter.