Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mat Noh dikenang sebagai legenda skuad Singa 1970-an

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pemain bola sepak yang hebat, mungkin yang terbaik dalam generasinya.



Meskipun dengan bakat besar beliau sebagai pemain bola sepak, mereka yang mengenali legenda negara, Mohamad Noh Hussain, yang lebih mesra dengan panggilan 'Mat Noh', menyifatkan beliau sebagai seorang yang sopan santun, berakhlak tinggi dan amat merendah hati.



Pemain mengharumkan nama negara semasa menyarung jersi pasukan Singa pada 1970-an, meninggal dunia pagi semalam, pada usia 67 tahun.



Allahyarham mengalami serangan jantung pagi kelmarin dan dimasukkan ke dalam unit jagaan rapi (ICU) di Hospital Besar Sengkang.



Beliau merupakan anggota skuad Singapura yang menjulang trofi kejuaraan Piala Malaysia pada 1977.



Allahyarham menjadi pujaan ramai peminat bukan hanya atas bakatnya yang begitu menyerlah, malah juga kerana wajahnya yang kacak - mungkin kerana darah kacukan neneknya yang berasal dari Jepun.



Berita pemergian Allahyarham dikongsi beberapa bekas pemain termasuk mantan penjaga gol negara, Yakob Hashim.



Yakob, yang merupakan seorang remaja ketika menyertai pasukan nasional pada 1979, memberitahu Berita Harian (BH):



"Arwah seorang yang pendiam dan baik hati. Beliau selalu beri nasihat dan tak lokek ilmu dalam mengajar pemain yang baru seperti saya waktu itu meningkatkan prestasi.



"Arwah juga seseorang yang sangat baik dalam tingkah lakunya walaupun dia orang yang terkenal. Dia berbual bila perlu saja. Dia pemalu tapi tak pernah lokek memberi senyuman."



Sementara itu, diminta mengulas, bekas isteri Allahyarham, personaliti popular tanah air, Rahimah Rahim, berkata Allahyarham adalah seorang insan yang istimewa.



"Apa yang boleh saya katakan mengenai arwah yang tidak dikatakan orang lain, beliau seorang yang amat baik sekali, tidak mementingkan diri sendiri," kata Rahimah, yang dikurniakan seorang puteri, Cik Pearl Nur Hida Mohd Noh, bersama Allahyarham dan tiga cucu, yang merupakan anak puteri mereka.



"Kami semua akan merinduinya," ujar beliau lagi, yang bernikah dengan Allahyarham pada 1977 sebelum berpisah 11 tahun kemudian. Meskipun berpisah, mereka tetap berbaik dan akrab.



BH difahamkan bahawa jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Hougang Avenue 8 hari ini dan dijangka dikebumikan selepas zohor.



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) turut memberi penghormatan kepada Allahyarham dalam satu catatan di Facebook semalam, menyifatkan beliau sebagai "penyerang handal" yang menjadi "mimpi ngeri kepada pemain pertahanan lawan".



"Mat Noh juga terkenal menjaringkan gol kemenangan dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia pada 1977, menjaringkan penalti dalam kemenangan 1-0 di Stadium Kallang menentang pasukan handal Malaysia, yang dianggap antara pasukan terbaik Asia pada waktu itu," kata FAS.



"Kami ucapkan takziah kepada keluarga dan orang-orang tersayang beliau dalam masa sukar ini."



Belasungkawa:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >