Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Matsuyama cipta sejarah di Augusta menangi golf Masters

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



AMERIKA SYARIKAT: Hideki Matsuyama memenangi golf Masters edisi ke-85 untuk menjadi pemain lelaki Jepun pertama merangkul gelaran major.



Matsuyama menyarung jaket hijau Masters dan membawa pulang hadiah AS$2.07 juta ($2.78 juta) selepas memenangi kejohanan dengan kelebihan satu pukulan.



Sebelum itu Matsuyama selesa mendahului pusingan akhir dengan tujuh pukulan ketika permainan berbaki tujuh lubang, tetapi Xander Schauffele merapatkan jurang kepada hanya dua pukulan dengan tiga lubang berbaki.



Bagaimanapun bola Schauffele masuk ke dalam air di lubang ke-16 untuk triple bogey dan Matsuyama memastikan kejuaraan dengan catatan satu atas par 73 dan keseluruhan 10 bawah par 278.



Pemain Amerika Syarikat, Will Zalatoris di tempat kedua pada penampilan Masters sulungnya, diikuti juara major tiga kali, Jordan Spieth dan Schauffele yang berkongsi tempat ketiga.



Matsuyama muncul pemain Asia kedua memenangi gelaran major selepas pemain Korea Selatan, Yang Yong-eun mengungguli Kejuaraan PGA 2009.



Keputusan terbaik pernah diraih pemain lelaki Jepun sebelum ini ialah menerusi Isao Aoki yang muncul naib juara Terbuka Amerika Syarikat 1980 dan Matsuyama sendiri yang berkongsi tempat kedua pada edisi 2017.



Dalam kejohanan Masters, keputusan terbaik dicatat pemain lelaki Jepun adalah di tempat keempat.



Dua gelaran major dimenangi pemain Jepun adalah menerusi pemain wanita, Chako Higuchi (Kejuaraan LPGA 1977) dan Hinako Shibuno (Terbuka Wanita British 2019). - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >