Topic followed successfully
Go to BHkuMayweather Jr kekal juara tanpa kalah
Premium
Mayweather Jr kekal juara tanpa kalah
Tewaskan Pacquiao dengan raih kemenangan daripada ketiga-tiga juri pertandingan
May 4, 2015 | 5:30 AM
Mayweather Jr kekal juara tanpa kalah
LAS VEGAS: Floyd Mayweather Jr memastikan namanya terpahat dalam senarai legenda tinju dunia dengan melanjutkan rekod tidak pernah kalahnya kepada 48 pertarungan selepas menjinakkan jaguh Filipina, Manny Pacquiao.
Pertemuan yang mendapat julukan 'Pertarungan Terhebat Abad Ini' dan merupakan paling lumayan dalam sejarah sukan itu - dengan tiket tepi gelanggang hanya dimampui golongan kaya dan selebriti terkenal - menyaksikan petinju Amerika Syarikat itu diisytihar pemenang melalui keputusan sebulat suara dalam pertarungan penuh glamor di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, semalam.

