Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Mbappe 'buka mulut' sebab mahu pindah ke Real

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kylian Mbappe mengaku beliau menyerahkan permintaan untuk meninggalkan Paris St-Germain bagi menyertai Real Madrid musim panas lalu, namun menekankan beliau gembira kekal di ibu kota Perancis itu.



Real telah membuat tawaran £137 juta ($253 juta) yang ditolak PSG, sebelum mengemukakan satu lagi tawaran yang turut gagal meyakinkan kelab Paris itu untuk berpisah dengan penyerang bintangnya.



Namun, Mbappe menegaskan beliau mahu meninggalkan PSG ketika itu supaya tidak perlu meninggalkan kelab tersebut tanpa sebarang bayaran pemindahan apabila kontraknya tamat di akhir musim ini.



"Saya mahu PSG mempunyai bayaran pemindahan yang mencukupi bagi pengganti yang berkualiti," kata Mbappe.



"Jadi pendirian saya jelas, saya mahu berpindah kelab.



"Namun, saya tidak menyerahkan permintaan pemindahan pada hujung Ogos seperti yangd dilaporkan oleh PSG. Saya memberitahu mereka mengenai pendirian saya seawal Julai.



"Tujuan saya ialah supaya PSG mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatkan pengganti. Saya mahu semua pihak keluar daripada episod pemindahan saya dengan pasukan yang lebih mantap," ujarnya lagi.



Bagaimanapun, pemenang Piala Dunia itu yang telah menjaringkan 136 gol dalam 182 penampilan bagi PSG sejak berpindah dari Monaco pada Ogos 2018 berkata beliau menerima keputusan kelab itu untuk tidak menjualnya.



"Kelab ini telah memberikan saya segala-galanya.



"Saya sentiasa gembira di sini, sepanjang empat tahun saya menyarung jersi PSG, dan saya masih lagi gembira," ujarnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >