Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Mbappe menang tapi kalah

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Beliau menjaringkan hatrik tetapi meninggalkan stadium dengan wajah dirundung kekecewaan.



Final Piala Dunia di Stadium Lusai telah menjanjikan kemegahan dan catatan sejarah bagi Kylian Mbappe tetapi ia berakhir dengan cara paling tidak diingini oleh seseorang memenangi Anugerah But Emas sebagai penjaring gol terbanyak.



Mbappe, 23 tahun, beredar ari Qatar sebagai penjaring gol terbanyak Piala Dunia dan namanya dalam buku rekod sebagai lelaki pertama menjaringkan tiga gol dalam final Piala Dunia sejak Geoff Hurst berbuat demikian bagi England pada 1966 - namun kenangan yang menyelubunginya dipalit kekecewaan.



Bintang Paris St-Germain itu memijakkan kaki ke podium untuk menerima Anugerah But Emas selepas menjaringkan dua penalti dan satu gol 'volley' yang menarik perhatian, namun mindanya mungkin tertanya-tanya mengapakah kesudahan perlawanan tidak seperti yang diharapkannya.



Final dan Piala Dunia di Doha ini - yang pertama diadakan di negara Arab - seharusnya diingati sebagai final milik Mbappe, tetapi ia kini akan dikenang sebagai pertandingan milik seorang warga Argentina yang menyarung jersi nombor 10.



Sejujurnya, percubaan Mbappe untuk menjadi pemain termuda di dunia memenangi dua Piala Dunia sejak Pele meraih pencapaian itu pada 1962 tidak bermula seperti diharapkan.



Beliau bak seorang penonton, melihat bagaimana Argentina menguasai sebahagian besar perlawanan dan hanya menyentuh bola 11 kali sehingga minit ke-71.



Pada tahap itu, Perancis telah ketinggalan dua gol dan peluangnya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya di Russia pada 2018 kian pudar.



Namun, segala-galanya berubah apabila Nicola Otamendi mengasari Randal Kolo Muani di petak penalti dan menghadiahkan penalti kepada Perancis yang disempurnakan oleh Mbappe.



Selang 97 saat, Mbappe telah menggandakan jaringan dan menjaringkan gol penyamaan bagi Perancis - bola belum lagi mencecah padang di penjuru petak penalti apabila Mbappe melepaskan satu rembatan kencang yang bak peluru berpandu menyusup ke penjuru gawang.



"Tiada sesiapa boleh berkata Mbappe kurang berkualiti... cara beliau mengheret balik Perancis dari ambang kekalahan amat mengagumkan," kata juruanalisis bola sepak dengan BBC, Jermaine Jenas.



Namun skrip belum berakhir dan Mbappe sekali lagi diberi peluang menjadi wira dan penyelamat Perancis selepas Argentina mendahului jaringan dalam masa tambahan dan menyusuli itu, Perancis diberikan satu lagi penalti.



Peluang menyamakan kedudukan dan mengheret perlawana ke penentuan sepakan penalti tidak disesiakan Mbappe.



Mbappe juga menjaringkan gol semasa tendangan penalti untuk memperdaya Emiliano Martinez bagi kali ketiga dalam perlawanan itu, tetapi tidak berdaya mencipta kemenangan bagi Perancis selepa penjaga gawang Argentina itu menyelamatkan tendangan Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni.



Mbappe dipeluk mesra oleh rakan sepasukannya di wisel penamat, dengan presiden Perancis, Emmanuel Macron juga memberinya kata-kata sokongan.



Namun kekecewaan peribadi yang mencengkam jiwa Mbappe adalah miliknya sendiri.



Hanya satu perkara yang menyebelahi Mbappe selepas kekalahan ini.



Usianya yang masih muda bermakna beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua lagi Piala Dunia untuk menebus kekecewaan yang dirasakan ini.



Dan itu mungkin membakar tekadnya untuk terus tidak berputusa asa. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >