Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Mbappe pemain bola sepak paling berharga di dunia

Pemain Paris St-German dahului senarai dengan anggaran nilai perpindahan $303j
Jun 12, 2022 | 08:20 AM



KYLIAN Mbappe, Vinicius Junior dan Erling Haaland pemain bola sepak paling berharga di dunia, menurut kumpulan penyelidik CIES Football Observatory.



Mbappe, 23 tahun, yang menolak perpindahan ke Real Madrid untuk kekal di Paris St-German (PSG), mendahului senarai itu dengan anggaran nilai perpindahan 205.6 juta euro ($302.74 juta).



Pemain sayap Real Madrid dari Brazil, Vinicius Jr, yang menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool, berada di tempat kedua dengan 158.3 juta euro.



Penyerang Norway yang bakal pindah ke Manchester City, Haaland, pula berada di tempat ketiga dengan 130.4 juta euro.



CIES Football Observatory, sebuah institut penyelidikan berpangkalan di Switzerland, memberi perhatian pada beberapa perkara yang menjadi ukuran mengapa pemain-pemain ini mempunyai harga sangat tinggi berbanding pemain lain.



Ini termasuk umur pemain, nilai ekonomi ke-lab mereka dan inflasi untuk membuat anggaran nilai pemindahan.



Mbappe menjadi pemain paling berharga setelah menjalani musim luar biasa bersama PSG.



Beliau terlibat dalam 60 gol (39 jaringan dan 21 bantuan) dalam 46 perlawanan dalam semua pertandingan.



Mbappe tidak berpindah ke Real Madrid setelah menandatangani kontrak baru tiga tahun bersama PSG bulan lepas. Keputusannya itu menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan yang menghangatkan arena bola sepak dunia.



Real Madrid berusaha mendapatkan Mbappe selama beberapa bulan dan dilaporkan bersetuju dengannya beberapa bulan lalu untuk berhijrah ke Sepanyol dengan perjanjian berjumlah 150 juta euro.



"Saya sangat gembira tinggal di Perancis, di Paris, di bandar saya," kata Mbappe kepada penyokong di Parc des Princes sebelum menandatangani perjanjian baru dan menjaringkan hatrik ketika menang 5-0 ke atas Metz pada perlawanan terakhir Ligue 1 bulan lalu.



Namun, Mbappe tidak menyembunyikan hasrat bermain bagi Real satu hari nanti.



Meskipun tidak dapat berpasukan bersama Mbappe musim akan datang, Vinicius, 21 tahun, kian menyerlah apabila memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara bersama Real musim lalu.



Beliau terlibat dalam 42 gol (22 jaringan dan 20 bantuan) dalam 52 perlawanan dalam semua pertandingan.



Haaland, 21 tahun, pula, yang menjaringkan 22 gol dalam 24 perlawanan Bundesliga musim lalu, akan menjadi pemain City mulai 1 Julai.



Dengan prestasi cemerlang Haaland di depan gol, jurulatih City Pep Guardiola akan cuba memburu semua piala selepas kekecewaan di pertandingan Liga Juara-Juara musim lalu apabila mereka disingkirkan juara Real pada separuh akhir.



Kelab Liga Perdana England (EPL) menguasai senarai pemain paling berharga itu dengan 41 wakil dalam 100 tempat teratas.



Pemain lain di kedudukan 10 teratas senarai itu ialah trio Barcelona - Pedri (115.4 juta euro), Frenkie de Jong (96.1 juta euro) dan Ferran Torres (93.5 juta euro); Phil Foden (105.9 juta euro) dan Ruben Dias (93.6 juta euro) daripada City; Jude Bellingham (114.2 juta euro) daripada Dortmund; dan Luis Diaz (94 juta euro) daripada Liverpool.



Pemain Terbaik EPL musim lalu, Kevin de Bruyne, 30 tahun, daripada Manchester City, adalah pemain tertua dalam kelompok 100 teratas (48.9 juta euro), manakala Gavi, 17 tahun, daripada Barcelona (49.9 juta euro) adalah pemain termuda dalam senarai tersebut.



Sementara itu, Gianluigi Donnarumma daripada PSG, yang memenangi Kejohanan Eropah bersama Italy, adalah penjaga gol paling berharga di kedudukan ke-41 dalam senarai (62.9 juta euro).



Penyerang Darwin Nunez, yang telah banyak dikaitkan dengan perpindahan daripada Benfica, mempunyai penilaian tertinggi (59.9 juta euro) untuk pemain yang berada di luar lima liga terbaik Eropah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >