Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN G: BELGIUM LAWAN PANAMA

Medan bagi 'generasi emas' Belgium bukti reputasi

Jun 18, 2018 | 05:30 AM



MEREKA menduduki tangga ketiga dalam senarai terbaru Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) - hanya di belakang Jerman dan Brazil.



Mereka juga dianggap sebagai pilihan utama untuk menjuarai Kumpulan G yang turut menampilkan England dan Tunisia, malah ada yang menyebut mereka sebagai pilihan serius untuk merebut mahkota Piala Dunia kali ini.



Tetapi mampukah skuad 'generasi emas' Belgium dapat memenuhi gelaran hebat itu di pentas bola sepak terbesar dunia di Russia ini - bermula dengan pertemuan dengan Panama di Stadium Olimpik Fisht, di Sochi, mulai 11 malam ini?



Hakikatnya dari segi usia, kematangan serta pengalaman sejak beberapa musim lalu, tiada masa yang lebih baik Eden Hazard dan rakan-rakannya meledakkan kehebatan bersaing bagi mahkota berprestij bola sepak dunia ini.



Selepas tersingkir di peringkat suku akhir dalam dua kejohanan besar yang disertainya sebelum ini - di Piala Dunia Brazil empat tahun lalu dan di Euro 2016 di Perancis - pasukan pimpinan Roberto Martinez tentu sekali ghairah mahu menebus kekecewaan itu dan melangkah lebih jauh di temasya Russia ini.



Dengan barisan pemain berbakat termasuk Hazard dan penjaga gawang Thibaut Courtois (kededuanya Chelsea), Vincent Kompany dan Kevin De Bruyne (kededuanya Manchester City), Mousa Dembele (Tottenham Hotspur) dan penyerang berbisa Romelu Lukaku (Manchester United), sukar menafikan kekuatan Belgium, apatah lagi apabila turun menentang Panama yang sekadar di tangga ke-55 Fifa dan akan hanya tampil buat julung-julung kali di Piala Dunia.



Belgium akan turun ke padang dengan suntikan bersemangat memenangi lima daripada enam perlawanan terakhirnya termasuk membelasah Costa Rica 4-1 dalam perlawanan ujian terakhirnya minggu lalu.



Dengan pasukan bergelar 'The Red Devils' itu kini berada di tahap terbaiknya, mungkin Panama perlu menunggu lebih lama untuk meraih mata pertamanya di Piala Dunia.



Kehadiran Panama - yang di kalangan pemainnya tiada seorang pun yang dianggap bertaraf kelas dunia atau beraksi dalam liga utama di Eropah - di pentas Russia ini sudah pun boleh dianggap satu kejayaan.



Dan tidak seperti seterunya yang perlu membuktikan reputasi mereka, pasukan bergelar 'Los Canaleros' pimpinan Hernan Dario Gomez itu tidak akan dibebani tekanan atau jangkaan yang berlebihan, sebaliknya berpeluang bermain mengikut rentak sendiri.



Namun bagi pasukan yang berjaya mengatasi Amerika Syarikat dalam perebutan tempat ke Russia ini, mungkin adalah baik jika Belgium tidak terlalu meremehkan keupayaan pasukan lawannya itu untuk mencatatkan kejutan.



Kekuatan Panama akan diterajui beberapa tenaga veteran seperti Blas Perez dan Luis Tejada yang di kalangan mereka berpeluang beraksi dalam lebih 200 perlawanan bagi pasukan negara itu yang digandingkan dengan beberapa bakat baru seperti Ricardo Avila dan Edgar Barcenas.



Ramalan BH:
Belgium 4

Panama 0




JADUAL



Sweden lwn Korea

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 8 malam ini



Belgium lwn Panama

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 11 malam ini



Tunisia lwn England

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 2 pagi esok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >