Topik diikuti
Pergi ke BHkuMedan papar 'perpaduan' masyarakat silat
Kejohanan turut buka peluang kepada bakat baru dikenal pasti untuk disertakan ke skuad nasional

BERBESAR HATI: Encik Abdullah Shafiie berharap warga silat setempat boleh meneruskan sikap saling bantu-membantu di pertandingan pencak silat masa depan. - Foto TAUFIK A. KADER
Feb 27, 2016 | 5:30 AM
KEJOHANAN Pencak Silat Nasional (PSK) bukan sahaja 'gelanggang' utama bagi mengenal pasti bakat baru, malah mencerminkan perpaduan masyarakat silat setempat, kata presiden Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Encik Abdullah Shafiee Mohd Sidik.
"Pesilat nasional hari ini seperti Shakir (Juanda), Alfian (Juma'en) dan ramai lagi mula menonjol di pertandingan ini. Kini mereka bergelar juara dunia atau juara serantau.
