Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK PIALA EMAS RAJA-RAJA

Melayu S'pura bersemangat teruskan langkah cemerlang

Pasukan pimpinan Nazri ghairah jelang temu Terengganu di pusingan suku akhir di KL hari ini
Oct 06, 2018 | 05:30 AM



SEBELUM pertandingan bermula, mereka bukanlah antara pasukan pilihan mahupun yang terhandal berbanding pasukan lain yang bertanding.



Ramai yang meragukan kemampuan mereka untuk melangkah ke pusingan kalah mati, apatah lagi ke final.



Namun terbukti, skuad pilihan Melayu Singapura yang dibentuk Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk kejohanan Piala Emas Raja-Raja tahun ini bukanlah calang-calang pasukan.



Skuad itu - terdiri daripada barisan pemain Liga Bola Sepak Nasional (NFL) yang pernah beraksi dalam skuad Singa utama dan pemain muda Singa Muda (Young Lions) - masih mempunyai 'taring untuk melukakan pasukan lawan'.



"Sebelum ini, ramai yang berpendapat pasukan pilihan Melayu Singapura ini akan tersingkir awal tetapi sebaliknya kami berjaya membuktikan mereka tersilap," kata pemain midfield GFA Victoria FC dan bekas pemain Hougang United, Yusiskandar Yusop, ketika dihubungi Berita Harian baru-baru ini.



Kemenangan ke atas pasukan Penjara FC (3-1) dan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (1-0) dalam Kumpulan D minggu lalu, meskipun tewas 1-2 kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), cukup untuk membuka pintu peluang pasukan itu meneruskan perjuangan mereka membawa pulang trofi itu buat kali ke-13.



Pasukan Melayu Singapura yang sebelum ini mewakili Singapura dalam kejohanan itu pernah muncul juara sebanyak 12 kali - kali terakhir pada 1983.



"Saya sangat gembira dengan persembahan keseluruhan pasukan ini. Ia bukanlah tugas yang mudah apatah lagi kami menampilkan pemain dari NFL dan pemain muda dari pasukan Young Lions," ujar jurulatih pasukan, Nazri Nasir.



"Salah satu cabaran yang saya hadapi ialah bagaimana untuk menyatukan pasukan ini sebelum pertandingan bermula, namun akhirnya mereka berjaya menunjukkan semangat berpasukan yang sangat baik dan kebersamaan antara mereka.



"Kami mempunyai gabungan pemain senior dan pemain muda yang berjaya membuktikan keupayaan mereka... saya fikir ia adalah antara kekuatan kami," kata bekas kapten skuad nasional itu yang dipilih buat julung-julung kali memimpin pasukan pilihan Melayu Singapura ini sebagai ketua jurulatih.



Kecemerlangan di peringkat kumpulan telah menyaksikan mereka menempah tempat ke pusingan suku akhir menentang Terengganu hari ini di Stadium Mindef, Kuala Lumpur.



Menurut Nazri, pemainnya bersedia untuk memberikan tentangan hebat.



"Seluruh pasukan, walaupun dengan jadual sibuk mereka dengan pekerjaan masing-masing, akan turun ke KL untuk perlawanan ini. Mereka tidak sabar untuk beraksi.



"Mereka tahu ini adalah perlawanan peringkat kalah mati. Saya mengharapkan mereka untuk bertahan dan memberikan yang terbaik untuk perlawanan ini.



"Saya sudah pun mencuba barisan pemain yang berbeza ketika perlawanan peringkat kumpulan, jadi untuk perlawanan suku akhir ini saya akan menurunkan 11 pemain terbaik kami," ujar Nazri.



Menyahut cabaran itu, kapten pasukan yang merupakan bekas pemain Warriors FC dan kini beraksi untuk kelab Warwick Knights FC, Hafiz Osman, turut menggesa rakan sepasukannya terus berjuang demi mengharumkan nama negara.



"Bagi kami, ini bukanlah satu kejohanan mickey mouse atau yang tidak begitu penting, seperti kata sesetengah orang.



"Sebaliknya, ia merupakan satu pertandingan yang besar buat kami, terutama bagi kami yang mewakili negara dalam perlawanan antarabangsa buat pertama kali.



"Jadi apabila diberi peluang keemasan ini, kami ingin bermain pada tahap yang terbaik dan berharap dapat membanggakan Singapura," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >