Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Memaksa pemain bola sepak elit terima potongan gaji mengaibkan: Rooney 

Apr 6, 2020 | 12:47 AM
9ac92186-8920-4c69-b89f-daaed459b602
-

LONDON: Bekas kapten England Wayne Rooney berkata tekanan awam yang dikenakan supaya memotong gaji pemain bola sepak elit semasa pandemik koronavirus amat mengaibkan, lapor The Sunday Times di London.

Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock, minggu lalu, berkata gaji pemain Liga Perdana England (EPL) harus dipotong, dan EPL berkata kelab-kelab sedang berbincang tentang potongan 30 peratus.

"Urutan kejadian sejak beberapa hari lalu adalah mengaibkan," kata Rooney.

"Pertama, setiausaha kesihatan yang berkata... gaji pemain EPL harus dipotong... adakah beliau terdesak mengalihkan tumpuan daripada cara pemerintahan ini menanga ni pandemik yang sedang berlaku?" katanya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg