Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Memphis bersinar dalam kemenangan 3-1 United

Aug 19, 2015 | 02:27 PM



LONDON: Penyerang Manchester United, Memphis Depay, kecewa gagal menjaringkan hatrik selepas menyumbatkan dua gol hebat terhadap Kelab Bruges di padang sendiri semalam.


Pemain sayap Belanda berusia 21 tahun itu juga membantu gol ketiga United yang dimasukkan Marouane Fellaini dalam kemenangan 3-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara pertama mereka.


"Benar-benar penting untuk kami menang perlawanan ini," ujar Memphis, yang menyertai United dengan bayaran pemindahan yang dilaporkan sebanyak 25 juta pound ($55 juta), daripada PSV Eindhoven Mei lalu.


"Kami mencipta banyak peluang. Saya rasa kecewa tidak dapat menyempurnakan dua peluang terakhir. Kami akan pergi ke Bruges dan menyelesaikan tugas ini."


Pengurus United, Louis van Gaal, yang mengurus Memphis dalam Piala Dunia tahun lalu semasa menjadi jurulatih Belanda, berkata beliau "amat gembira" bagi Memphis. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >