Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Menang 1-0 ke atas Croatia besar bagi England

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate, berkata kemenangan pasukannya dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah Euro 2020 menentang Croatia dapat "meredakan ketegangan" dalam skuadnya.



Ia kali pertama England berjaya meraih tiga mata daripada perlawanan pertama mereka dalam kejohanan itu.



Raheem Sterling menjaringkan satu-satunya gol di depan 22,500 penyokong di Wembley dengan menyempurnakan hantaran dari pemain tengah Leeds, Kalvin Phillips.



"Anda tahu jika anda gagal memenangi perlawanan pertama, tekanan semakin meningkat," kata Southgate kepada BBC Radio 5 Live.



"Kami masih mempunyai dua perlawanan sukar dalam kumpulan ini dan kami berjaya memulakannya dengan langkah kanan, tetapi masih ada langkah penting untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.



"Saya gembira mengenai persembahan oleh pemain. Ia memang satu kemenangan penting.



"Ia adalah satu perlawanan besar dan pemain berjaya menemukan rentak permainan dengan pantas dengan mengehadkan peluang Croatia menjaringkan gol sepanjang perlawanan."



Ketiga-tiga perlawanan kumpulan England akan dimainkan di Wembley dan semestinya suasana lebih meriah dan bersemangat dengan penyokong berada di stadium terus menyokong pasukan Three Lions itu dan melaungkan "ia akan pulang".



Southgate turut menerima sorakan daripada penyokong apabila beliau menuju ke arah mereka untuk mengucapkan terima kasih selepas perlawanan.



Sementara itu, Sterling berkata beliau yakin akan menjaringkan gol sulung buat England dalam kejohanan itu selepas diberi peluang beraksi di Wembley.



Sterling, yang membesar berdekatan Stadium Wembley, membalas kepercayaan Gareth Southgate menurunkannya dalam kesebelasan utama dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57.



"Saya selalu berkata, jika bermain di Wembley dalam kejohanan besar, saya akan menjaringkan gol.



"Saya menjaringkan gol di tempat sendiri dan berbangga kerana melakukannya."



Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa berebut tempat dalam kesebelasan utama dengan Jack Grealish dan Marcus Rashford selepas menamatkan musim kurang memberangsangkan bersama Manchester City.



"Ada perbezaan ketara kenapa saya tidak menjaringkan gol bersama kelab dan ia tidak lagi berlaku sekarang. Saya di sini bersama pasukan kebangsaan," kata Sterling.



"Ia adalah musim panjang buat saya dan saya tidak sabar hendak datang ke sini," katanya.



England, yang berada dalam Kumpulan D, akan berdepan Scotland dalam perlawanan seterusnya Sabtu ini sebelum menentang Republik Czech pada Rabu depan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >