Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SIRI BOLA SEPAK WANITA TIGA NEGARA FAS

Menang besar tapi skuad wanita SG perlu terus pertingkat prestasi: Jurulatih

Cabaran lebih sengit menanti pasukan di Sukan SEA nanti: Ng
Apr 06, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN merakam kemenangan 6-2 yang meyakinkan ke atas Seychelles dalam siri perlawanan persahabatan 'A' Tiga Penjuru Wanita Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) malam kelmarin, ketua jurulatih pasukan, Stephen Ng, berkata anak didiknya masih ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki sedang "cabaran berbeza" menanti mereka di Sukan SEA Hanoi bulan depan.



Pasukan bola sepak wanita Singapura akan beraksi di temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara itu buat pertama kali sejak 2003.



Di Stadium Jalan Besar malam kelmarin, Singapura berpesta gol hasil sumbangan dua jaringan babak pertama Stephanie Dominguez, sebelum Danelle Tan menyumbat dua gol serta Dorcas Chu dan Siti Nurerwadah Erwan masing-masing menemui sasaran dalam separuh masa kedua untuk menjamin kemenangan pasukan tuan rumah.



Ng, 51, tahun, dalam satu sidang media selepas perlawanan malam kelmarin, berkata: "Pasukan menunjukkan disiplin yang tinggi di padang dan memaparkan aksi mengikut apa yang telah kami berlatih sebelumnya.



"Daripada keputusan dan persembahan, kita dapat lihat bahawa masih ada banyak lagi aspek yang kami harus terus perbaiki. Gawang kami dibolosi dua gol... ini perlu diberi perhatian.



"Kami perlu meneliti semula prestasi... dan mempertingkatkan diri sebab Sukan SEA adalah tahap permainan yang berbeza."



Ng menurunkan kesebelasan utama yang muda kelmarin, dengan purata usia pemain adalah 22 tahun, berbanding Seychelles (26 tahun).



Ini termasuk barisan senjata serangannya yang terdiri daripada dua pemain yang berpangkalan di luar negara - Putri Nur Syaliza, 19 tahun, dan Tan, 17 tahun - serta Nur Farhanah Ruhaizat dan Dominguez, kedua-duanya 23 tahun.



Ng memuji persembahan empat pemain muda ini, dan menyatakan beliau yakin bahawa gabungan itu dapat membuahkan hasil.



"Saya tidak rasa ia (gabungan empat pemain ini) adalah satu eksperimen. Saya pernah bekerjasama dengan mereka dan yakin bahawa mereka dapat memaparkan persembahan baik sebab itu saya menurunkan mereka... ada persefahaman di kalangan mereka dan ini sesuatu yang baik," kata Ng.



Dominguez, yang dinobat Pemain Terbaik Perlawanan, pula gembira dapat kembali beraksi di padang bersama Tan dan Putri.



"Kehadiran mereka memberi rangsangan kepada pasukan. Pengalaman mereka bermain di luar negara banyak membantu kami semasa latihan dan dalam perlawanan," kongsinya.



Kemenangan itu bagaimanapun lebih manis buat Singapura, yang kembali mencatat kemenangan di pentas antarabangsa dalam empat tahun.



Kali terakhir adalah pada November 2018 apabila Singapura menewaskan Maldives 1-0 di Stadium Negara, juga dalam satu siri perlawanan persahabatan.



Perlawanan kelmarin juga mencipta sejarah bagi bola sepak sepak wanita Singapura sebagai perlawanan pertama yang dihadiri penonton yang bertiket.



Meskipun tewas, Seychelles mempunyai sebab untuk bersorak selepas pasukan dari Afrika itu meraih ranking Fifa mereka malam kelmarin. Mereka akan berdepan Papua New Guinea, yang menduduki tangga ke-49 dalam ranking dunia, lusa.



Ketua jurulatih Seychelles, Angeline Chua, yang juga bekas pemain antarabangsa Singapura, berkata "Ia sukar untuk menggambarkannya, pasukan lelaki kami telah lama wujud, tetapi pasukan wanita hanya mula dibentuk pada September lalu."



Cabutan undi untuk saingan kumpulan di Sukan SEA Hanoi akan diadakan hari ini.



Ditanya apa jangkaan pasukan Singapura, Ng menambah: "Tiada perlawanan yang mudah dalam Sukan SEA. Jadi, tidak kira kumpulan mana yang kami ditempatkan, kami akan terus berusaha gigih untuk mencatatkan keputusan baik."



Singapura akan melabuh tirai pertandingan tiga penjuru ini - persiapan sebelum menghadapi Sukan SEA - dengan perlawanan menentang Papua New Guinea pada Isnin, 11 April.




"Daripada keputusan dan persembahan, kita dapat lihat bahawa masih ada banyak lagi aspek yang kami harus terus perbaiki. Gawang kami dibolosi dua gol... ini perlu diberi perhatian. Kami perlu meneliti semula prestasi... dan mempertingkatkan diri sebab Sukan SEA adalah tahap permainan yang berbeza."
- Stephen Ng, ketua jurulatih skuad wanita nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >