Premium
Menang... misi akhir Stange
Mar 29, 2016 | 5:30 AM
PERSIAPAN DI TEHERAN: Pemain Singapura menjalani latihan menjelang pertemuan kelayakan Piala Dunia Kumpulan E menentang Afghanistan hari ini. - Foto FAS -
BUAT kali terakhir, jurulatih Bernd Stange akan memimpin Singapura sebelum kontraknya tamat akhir bulan ini.
Lantas, satu kemenangan ke atas Afghanistan dalam perlawanan kelayakan Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Takhti, Teheran, pasti akan menutup tirai jurulatih dari Jerman itu dengan manis sekali, sekalipun pencapaiannya sepanjang dua tahun lalu boleh mengundang pelbagai persoalan.

