Menanti hatrik di pentas bina badan, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Menanti hatrik di pentas bina badan

Nov 18, 2018 | 05:30 AM

MEMBURU kejuaraan dunia.

Itulah tumpuan Encik Shaifulhaq Ahmad Ishak menyusuli kemenangan keduanya dalam jangka masa tiga bulan berturut-turut - satu di peringkat Asia Tenggara dan seterusnya di peringkat Asia.

Julai lalu, beliau dinobat juara kategori bina badan 80 kilogram dan juara keseluruhan Mr Southeast Asia dalam Kejohanan Sukan Bina Badan dan Susuk Badan Asia Tenggara ke-15 di Siem Reap, Kemboja.

Baru-baru ini pula, beliau menjuarai Mr Asia dalam kategori bina badan 75 kilogram pula dalam Kejohanan Sukan Bina Badan dan Susuk Badan Asia ke-52 di Pune, India.

Acara tersebut dianjurkan Persatuan Bina Badan dan Susuk Badan Asia dan Persatuan Bina Badan India.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Lantaran itu, dengan momentum kemenangan berpihak kepadanya, atlet bina badan berusia 38 tahun itu yakin tidak mustahil kejuaraan dunia boleh berpihak kepadanya juga.

Bapa seorang anak berusia sembilan tahun itu berkata:

"Fikiran saya tiba-tiba kosong apabila diumumkan saya juara bagi kategori 75 kilogram dan sudah tentu saya rasa begitu teruja.

"Namun, ia bercampur-baur dengan rasa gelisah, seperti ada sesuatu yang belum diselesaikan, barangkali impian menjadi juara dunia, lantas saya tidak begitu meraikan kemenangan ketika itu."

Menurut Encik Shaifulhaq, antara cabaran yang beliau hadapi ketika di India adalah dari segi pemakanan.

Ini setelah beliau berasa waswas berkenaan tahap kebersihan makanan di sana dan pernah mengalami cirit-birit semasa kejohanan di Asia Tenggara.

Disebabkan itu, beliau hampir tidak dapat menyertainya maka beliau ingin mengelakkan perkara serupa daripada berlaku.

"Bayangkan sebelum pertandingan, saya pergi ke tandas buang air mungkin lebih 10 kali hingga isteri nasihatkan agar tidak sertai pertandingan itu.

"Tapi kerana terfikir yang kami dah datang dari jauh untuk menyertainya, saya pun kuatkan minda.

"Mujur semasa pertandingan atas pentas, tiada 'kecemasan' berlaku," selorohnya.

Lantaran itu, beliau membawa dan memasak sendiri makanannya bagi mengurangkan risiko cirit-birit dan pada masa yang sama, mengawasi pemakanan hariannya.

"Saya membawa lebih dua kilogram makanan seperti ikan dan sebagainya yang kaya dengan protein.

"Ia penting bagi seorang ahli bina badan," tambahnya.

Bagi beliau kini, tumpuannya hanya bagi memperhalusi dan memperbaiki diri bagi kejohanan peringkat dunia yang akan diadakan di Chiang Mai, Thailand Disember nanti.

Ia merupakan bulan beliau menyambut hari lahirnya.

Encik Shaifulhaq berkata:

"Kalau dapat menang tiga kejuaraan berturut-turut adalah sesuatu yang sangat baik dan lebih manis, memandangkan ia boleh jadikan sebagai satu hadiah hari lahir saya."

  • Muhaimin Suzaini ialah penulis sambilan.

"Kalau dapat menang tiga kejuaraan berturut-turut adalah sesuatu yang sangat baik dan lebih manis, memandangkan ia boleh jadikan sebagai satu hadiah hari lahir saya."
- Encik Shaifulhaq Ahmad Ishak.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map