Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

CATATAN WARTAWAN - LIGA PERDANA SINGAPURA: LION CITY SAILORS LWN TAMPINES ROVERS

Mencari keseimbangan antara semangat juang dan perangai 'samseng'

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



TOKOH sukan yang berjaya sering digambarkan sebagai mempunyai semangat kesungguhan dan tidak kenal kalah yang luar biasa, atau istilah Inggerisnya, "fire in their bellies".



Kesungguhan tersebut yang menyerlah dalam atlet - merentasi semua disiplin sukan -- yang menjadikan sukan sesuatu yang begitu indah, yang menggamit imaginasi jutaan peminatnya.



Lantaran itulah, sukan berupaya menyemarakkan semangat, mencetuskan inspirasi dan menggalak kesetiaan kerana peminat seperti anda dan saya mengagumi serta menghargai nilai tersebut.



Namun, dalam arena sukan juga, nilai tersebut boleh juga menjadi punca kejatuhan dan kerosakan.



Ada garis tipis yang membezakan antara kesungguhan dan semangat juang, kepada kelakuan 'samseng' yang tidak memancarkan sifat kesukanan.



Itulah yang berlaku dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL), antara Lion City Sailors dengan Tampines Rovers kelmarin apabila perselisihan antara pemain di tengah-tengah medan perjuangan, melimpah kepada pegawai di tepi padang.



Satu laporan polis dipercayai telah pun dibuat oleh Tampines Rovers, akibat insiden Jurulatih Sailors Kim Do-hoon, yang menghentak kepalanya ke muka penolong jurulatih Tampines, Mustafic Fahrudin.



Insiden itu berpunca daripada pergelutan merebut bola yang telah keluar padang antara pemain penyerang Tampines, Boris Kopitovic, dengan pemain pertahanan Sailors, Nur Adam Abdullah, dalam babak-babak akhir perlawanan.



Keadaan disangka sudah kembali tenang, namun satu lagi kekecohan dan insiden tolak-menolak berlaku di akhir perlawanan antara pemain dengan pegawai kededua pasukan.



Di tengah-tengah kekecohan itu, keputusan perlawanan penting bagi kededua pasukan tersebut tidak lagi menjadi perbualan, meskipun Sailors menang 2-1 dengan gol pada waktu tambahan, hasil serangan balas sedang Tampines sendiri memburu gol kemenangan.



Ini adalah kejadian yang amat mengecewakan kerana perlawanan malam kelmarin di Stadium Jalan Besar itu adalah iklan yang terbaik bagi SPL, yang mutunya telah menunjukkan peningkatan yang baik sejak beberapa musim lalu.



Semangat juang yang ditunjukkan kededua pasukan di padang merupakan formula yang perlu disebarluaskan dalam liga, untuk menjadikan SPL lebih kompetitif dan menarik untuk penyokong setempat.



Bagi sebahagian besar perlawanan itu, ia memiliki segala ramuan yang diperlukan untuk terus memacu perkembangan liga setempat.



SPL memerlukan setiap perlawanannya untuk dipersembahkan dengan kadar intensiti, daya saing dan mutu seperti yang ditunjukkan perlawanan malam kelmarin.



Kadang-kala, di tengah-tengah suasana persaingan sedemikian, pasti akan timbul detik-detik ketegangan.



Ini boleh diterima, malah dialu-alu, asalkan ia tidak melanggar batasan - garisan tipis yang membezakan antara kesungguhan dengan semangat juang, kepada kelakuan 'samseng' yang tidak memancarkan sifat kesukanan.



Untuk lebih 80 minit, Sailors dan Tampines menyerlahkan segalanya yang terbaik mengenai sukan, bola sepak dan liga setempat.



Sayang sekali kerja baik mereka tercemar dan dua pasukan ini hanya persalahkan diri masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >