Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND PRIX ISSF JAKARTA: MENEMBAK

Hampir tewas...Veloso bangkit tambah emas ke-5 SG

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



JUARA dua emas Sukan Komanwel, Martina Veloso, membantu menambah emas kelima Singapura dalam Grand Prix Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) di Jakarta, kelmarin.



Penembak berusia 22 tahun itu merangkul kejuaraan tiga posisi dalam acara 50 meter rifel wanita selepas mengatasi penembak Indonesia, Diaz Kusumawardani, 16-6 pada perlawanan akhir, lapor The Straits Times (ST).



Veloso berkata beliau berpuas hati dengan persembahannya, terutama selepas mengatasi permulaan sukar pada peringkat awal yang menyaksikan beliau di tempat kelima daripada lapan penembak apabila melengkapkan posisi melutut dan meniarap.



Dengan hanya berbaki posisi berdiri, tekanan semakin hebat kerana beliau hampir tersingkir sebelum perlawanan pingat yang hanya untuk empat penembak teratas.



Veloso berkata: "Amat sukar bagi saya mengembalikan fokus saya, tetapi saya berjaya melakukannya di posisi terakhir. Saya hanya memberitahu diri saya bahawa saya tidak perlu berada di atas sekarang, yang perlu saya lakukan ialah mencapai empat teratas kemudian layak ke perlawanan pingat emas.



"Jadi saya memberitahu diri saya untuk fokus pada satu tembakan pada satu masa (one shot at a time) daripada cuba fokus pada keseluruhan perlawanan akhir".



Strategi itu berkesan apabila Veloso muncul teratas dalam segmen berdiri, melonjak ke kedudukan pertama keseluruhan dengan 301.77 mata untuk layak ke perlawanan pingat dengan Kusumawardani (297 mata) dan gandingan Thailand, Thanyalak Chotphibunsin (296.9 mata) dan Supamas Wankaew (296.8 mata).



Rakan senegara, Jasmine Ser menduduki tempat kelapan pada peringkat kedua dan tidak mencecah perlawanan pingat.



Veloso, yang memenangi pingat dalam acara 10 meter rifel dan 50 meter rifel prone pada Sukan Komanwel 2018, meneruskan prestasinya dalam perlawanan pingat itu.



Beliau unggul dengan 42 mata di depan Kusumawardani (37.5 mata) sebelum pasangan itu bersaing bagi merebut pingat emas.



Veloso, Ser dan Lim Yee Xien turut membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan 50 meter rifel tiga posisi, menjadikan jumlah pingat Singapura kepada 14 pingat.



Tuan rumah, Indonesia, menduduki tempat teratas bagi pingat dengan lima emas, lapan perak dan satu gangsa, diikuti Singapura (5-2-7) dan Thailand (3-3-4).



Veloso menambah bahawa keputusannya di Grand Prix menunjukkan beliau bergerak ke arah yang betul menjelang Sukan SEA di Hanoi Mei nanti, di mana beliau akan bersaing dalam acara 50 meter rifel tiga posisi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >