Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Mengapa Solskjaer akan kekal di United...

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Kekalahan Manchester United di tangan seteru mereka, Manchester City, Sabtu lalu sekali lagi menimbulkan seruan bagi pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, dipecat.



Namun, beberapa bekas pemain United menekankan ia tidak semestinya satu langkah bijak.



Salah seorang daripada mereka, Gary Neville, berkata penting sekali ialah untuk meninjau individu-individu yang boleh mengambil alih dan mencetuskan perubahan serta merta kepada kelab itu.



Pilihannya, bagi beliau, tidak begitu luas.



"Beberapa nama sudah disebut-sebut...Zinedine Zidane dan Erik ten Hag antaranya. Adakah mereka mampu mencetuskan perubahan, peningkatan serta merta? Saya rasa tidak.



"Zidane ialah seorang pengurus yang telah memenangi segala-galanya, namun ingat beliau melakukannya dengan pasukan Real Madrid yang mempunyai barisan pemain terbaik dunia.



"Erik (ten Hag) seorang jurulatih berpotensi, namun tidak cukup pengalaman di peringkat tertinggi, kerana hakikatnya liga Belanda dan England berada di tahap yang jauh berbeza," ujarnya.



Neville bagaimanapun akur sesuatu perlu berubah untuk Solskjaer kekal di Old Trafford.



"Masih lagi awal musim, tapi saya melihat pasukan ini, ia memerlukan satu rombakan budaya, mentaliti dan persembahan yang besar. Saya tidak rasa Ole dapat melakukannya musim ini.



"Malangnya, melainkan suatu keajaiban berlaku, saya rasa pemilik United akan memberi beliau sedikit masa dahulu hingga akhir musim, untuk mereka juga membuat persiapan dan kemudian mengambil keputusan menggantikan beliau," tambah pemain pertahanan yang telah menyarung jersi United sebanyak 400 kali, dan merupakan kapten kelab selama lima tahun.



Meskipun bersetuju bahawa Solskjaer akan kekal sehingga akhir musim sekurang-kurangnya, seorang lagi bekas pemain United, Peter Schmeichel, mengharapkan bahawa pengurus asal Norway itu dapat memperbaiki keadaan bagi meyakinkan pemilik United untuk mengekalkan khidmatnya.



"Kami telah mencuba pelbagai pengurus, nama-nama besar dalam bola sepak. Apa yang diperlukan United ialah kestabilan dan kesabaran," katanya.



Legenda United, Roy Keane, pula berpendapat pasukan Old Trafford itu harus membuat keputusan berani.



"Sama ada Ole kekal atau tidak, keputusan berani diperlukan. Adakah ini satu projek yang memakan masa tiga hingga lima tahun? Jika ya, beritahu kepada penyokong bagi menangani jangkaan, dan pastikan hanya pemain yang dapat menyumbang kepada projek ini dikekalkan.



"Tapi walaupun ia satu projek jangka panjang, sebagai pengurus kelab sebesar United, anda harus mula memenangi perlawanan, memenangi piala. Jika tidak, ia akan mendatangkan masalah," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >