Topik diikuti
Pergi ke BHkuFandi: 17 pemain telah dikenalpasti bentuk pasukan nasional
Fandi: 17 pemain telah dikenalpasti bentuk pasukan nasional
Baki 6 pemain akan dipilih berdasarkan persembahan dalam perlawanan persahabatan
Fandi: 17 pemain telah dikenalpasti bentuk pasukan nasional
PERLAWANAN PERSAHABATAN: Jurulatih skuad negara Fandi Ahmad (dua dari kanan) berjabat tangan dengan jurulatih Mongolia, Michael Weiss. Bersama mereka di sidang media semalam termasuk pemain Mongolia Daginaa Turbat (kiri) dan pemain negara Gabriel Quek (kanan). - Foto FAS -
Oct 12, 2018 | 5:30 AM
SERAMAI 17 pemain telah dikenalpasti sebagai barisan pemain yang bakal membentuk skuad negara dalam Piala AFF Suzuki November ini, dengan baki enam lagi akan dipilih selepas dua perlawanan persahabatan menentang Mongolia dan Kemboja.
Justeru, masih lagi terdapat peluang untuk baki para pemain itu menunjukkan potensi mereka dalam dua perlawanan tersebut supaya dapat disertakan dalam skuad negara.