Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA

1970 Pele tebus kecewa

Dalam siri ikon Piala Dunia, BERITA HARIAN mengenang semula kisah Pele dan peranannya dalam membantu Brazil menjulang Piala Dunia kali ketiga pada 1970. Pasukan Brazil yang menjulang Piala Dunia tahun itu disifatkan sebagai pasukan bola sepak terbaik dalam sejarah. Ia memaparkan antara lain Pele, Jairzinho, Tostao, Rivelino, Gerson, Carlos Alberto dan Clodoaldo.
Nov 14, 2022 | 05:30 AM



BRAZIL: Sedang bas pasukan Brazil melalui lorong-lorong di Bandar Mexico menuju ke Stadium Azteca bagi perlawanan akhir Piala Dunia 1970, para pemain dalam bas tersebut bergendang rentak samba.



Setiap bahagian dalam bas itu, termasuk tempat duduk, tingkap, bumbung bas menjadi alat muzik mereka.



Memimpin rentak tersebut adalah pemain sayap mereka, Jairzinho, "The Hurricane", penjaring satu gol bagi setiap lima perlawanan pasukan itu.



Turut serta ialah Roberto Rivelino, pemain 'midfield' dan penjaring pertama daripada 15 gol pasukan itu sehingga membawa mereka ke final; Carlos Alberto Torres, kapten yang berjiwa kental yang membantu pasukannya di benteng pertahanan semasa menentang England di peringkat kumpulan; Gerson, Tostao, Clodoaldo dan lain-lain pemain bintang.



Bunyi rentak samba begitu nyaring sehingga sukar mendengar sekiranya ada barang yang terjatuh di lantai bas, gara-gara setiap pemain begitu asyik bernyanyi kerana dapat rasakan kemenangan yang bakal dirai.



Pele - pemain terhandal di dunia - hanya duduk menyepi di satu sudut dalam bas itu, dengan air matanya mengalir ke pipi.



Edson Arantes do Nascimento, yang dikenali dunia sebagai Pele, mula kenal erti kejayaan dalam lapan tahun pertama kerjaya profesional bola sepaknya.



Beliau hanya berusia 16 tahun apabila menjaringkan gol Brazil pada 1957, menentang Argentina.



Dalam tempoh kurang setahun, beliau jaringkan dua gol dalam final semasa menentang pasukan hos, Sweden, apabila pasukannya menang Piala Dunia pertama mereka.



Empat tahun kemudian, di Chile, kecederaan menghambat kecemerlangannya tapi bukan semangat apabila Brazil menang Piala Dunia sekali lagi.



Beliau kemudian dianggap pemain terbaik dunia - lincah, perkasa, bijak, dan "tidak lokek" semasa bermain.



Beliau bintang besar dalam arena bola sepak, seorang pemain yang dipuja oleh setiap peminat sukan ini.



Namun status sedemikian memberi kesan ke atasnya.



Beliau menjadi sasaran dan pada Piala Dunia 1966 di England beliau dapati tiada pemain lawan yang memberinya peluang membuktikan kehandalannya.



Semasa di Goodison Park, Everton, beliau cedera semasa menentang Portugal.



Pemain pertahanan Portugal, Joao Morais, mengasari Pele sehingga menyebabkan pemain terhandal dunia itu cedera. Brazil akhirnya tewas 1-3 di tangan Portugal.



Keputusan itu menyaksikan Brazil terkeluar di peringkat kumpulan dan berakhirlah Piala Dunia 'milik' mereka kepada pasukan selanjutnya.



"Kegagalan yang memalukan", begitulah pandangan Pele dalam buku autobiografinya sambil menambah:



"Semua orang ingat kami akan menang mudah. Namun persediaan kami tidak dirancang seperti mana pada 1958 dan 1962.



"Kami sudah mula kalah kejuaraan itu sebelum melangkah ke England."



Kekalahan dalam Piala Dunia itu begitu terkesan apatah lagi dengan ketiadaan Pele.



Mujur masa memulihkan keadaan.



Kepedihan yang dirasai di England mula dilupakan.



Semasa di Mexico 1970, Pele merupakan bintang popular.



Pada 1958, beliau masih pemain mentah, 1962 beliau cedera, pada 1966 beliau dikecewakan, tapi 1970 beliau lebih berpengalaman, cergas dan fokus.



Dalam final menentang Italy, Pele berjaya jaringkan gol pembukaan buat Brazil menerusi tandukan hasil umpanan Rivelino.



Meskipun Italy menyamakan kedudukan pada minit ke-37, Brazil menguasai pertandingan di separuh masa kedua - menjaringkan tiga gol.



Di bilik persalinan, Pele sempat bertafakur sebentar dan tiba-tiba seorang wartawan masuk lalu melutut meminta maaf kepadanya.



Artikel wartawan itu sebelum ini melahirkan kesangsian akan pemain Brazil itu.



Dengan tenang, Pele mengangkatnya lalu berkata: "Hanya Tuhan yang boleh maafkan dan saya bukan Tuhan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >