Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA 2023

Juara liga e-sukan setempat kini mahu cemerlang di Sukan SEA pula

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS merangkul gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Singapura ketiga berturut-turut dengan kemenangan 4-1 atas Team Flash, RSG Slate SG kini mendamba memenangi pingat di Sukan SEA Kemboja pada Mei.



Pada Sukan SEA Hanoi 2022, Singapura menggondol pingat gangsa selepas menewaskan Malaysia 2-1 dalam penentuan tempat ketiga selepas ditewaskan Filipina, yang seterusnya menjadi juara.



Pemain RSG Slate SG, Bellamy ".Lolsie" Yeo, percaya pasukannya boleh menghasilkan persembahan setanding atau lebih baik di Sukan SEA Kemboja 2023.



Beliau berkata: "Minggu ini kami akan memulakan latihan dan kami berasa cukup yakin bahawa kami boleh melakukannya dengan baik, dan pasukan lain tidak kelihatan sekuat berbanding musim lalu.



"Kami pasti akan melakukan yang terbaik untuk membanggakan Singapura. Kami tidak mahu wilayah lain merasakan Singapura tidak akan berjaya di peringkat antarabangsa."



Final acara MPL itu diadakan di Suntec City pada Ahad lalu.



Dengan kemenangan ke atas Team Flash, RSG Slate SG, yang dahulunya dikenali sebagai RSG sebelum mereka bekerjasama dengan Slate Esports musim ini, turut menjaminkan tempat dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang 2023.



Kejohanan itu juga akan menampilkan pasukan dari Amerika Utara, Turkey, Timur Tengah dan Afrika Utara.



Mereka mengekalkan sebahagian besar skuad yang memenangi gelaran MPL Singapura sebelum ini, sambil menambah pemain Indonesia Fawzan "Okky" Herdiatna dan I Nyoman "Lucianqt" Dehi Pranipata ke senarai mereka untuk kejohanan bernilai $100,000 itu.



Pasukan itu menunjukkan kekuatan mereka sekali lagi, hanya tewas sekali dalam musim kepada Bleed Esports, dan seterusnya mengelakkan sebarang kekalahan dalam laluan ke final pada Ahad.



Walaupun Team Flash memulakan final itu dengan lebih baik, RSG Slate SG tetap bersabar dan akhirnya berjaya memenangi perlawan pertama final itu.



Format final itu terdiri tujuh perlawanan, dan pasukan yang digelarkan juara adalah pasukan yang memenangi paling banyak perlawanan.



RSG Slate SG kemudian mendahului 3-0 tetapi terpaksa menangkis serangan balik daripada Team Flash, yang memenangi perlawanan keempat.



Tetapi RSG Slate SG tidak membuat kesilapan untuk memenangi perlawanan terakhir dan membawa pulang cek pemenang sebanyak $30,000.



Yeo "Diablo" Wee Lun merasakan pasukannya berjaya menguruskan jangkaan untuk menjadi juara bertahan dua kali.



"Saya rasa tekanan lebih besar setiap kali anda menang kerana orang ramai mempunyai jangkaan yang lebih besar terhadap anda jadi ini semua berkaitan dengan mentaliti.



"Kami hanya bertenang dan fokus pada perlawanan dan hanya melakukan yang terbaik, tidak kira keputusan," katanya.



Walaupun Team Flash, yang bertanding dalam final MPL Singapura pertama mereka, berharap untuk memenangi pertandingan itu, jurulatih Eugene "Kayzeepi" Kong gembira dengan kemajuan pasukan itu.



Beliau berkata: "Kami memulakan musim ini dengan matlamat untuk memenangi trofi tetapi kami gagal dalam setiap perlawanan. Ia sentiasa dua gergasi yang sama (RSG Slate dan Bleed Esports) di final, tetapi kami mencapai kejayaan dan membuat persembahan yang baik."



Ketua eksekutif Team Flash, Mark Chew, menambah: "Pasukan saya memberikan persembahan yang agak baik.



"Kami datang dari kelayakan terbuka, kemudian dari situ kami maju ke golongan atas, ditewaskan pada hari pertama tetapi tetap berjaya layak ke final jadi secara keseluruhan saya sangat berbangga dengan pemain saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >