Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Gerun! Tapi Mikhail tekad berikan terbaik

May 09, 2022 | 05:30 AM



PERASAAN ghairah dan takut selalunya akan dirasai setiap atlet yang bakal bertanding.



Apatah lagi, jika ia penampilan pertama mereka dalam pertandingan berprestij seperti Sukan SEA.



Begitulah yang diluahkan atlet gimnastik negara, Mohammad Mikhail Haziq Mohammad Ghazali, apabila ditanya tentang perasaan beliau yang bakal bertanding buat kali pertama di temasya sukan itu.



"Saya amat bersyukur kerana diberi peluang mewakili Singapura bersama pasukan saya untuk Sukan SEA ini.



"Memang menggerunkan untuk menyertai acara penting sebegini, namun, saya akan melakukan yang terbaik bersama-sama dengan pasukan saya," kata pemuda berusia 20 tahun itu.



Selain perlu bertahan lapar dan dahaga semasa berpuasa semasa Ramadan bulan lalu, Mikhail Haziq juga perlu jalani latihan lebih intensif bagi mempersiapkan diri untuk pertandingan itu.



"Latihan semasa bulan puasa lebih intensif. Agak susah untuk berbuka puasa di antara sesi latihan saya.



"Namun, dengan sokongan para jurulatih dan rakan sepasukan saya, ianya lebih mudah untuk menjalaninya (latihan)," kata pelajar Politeknik Republik itu.



Bagi Mikhail Haziq, cabaran besar beliau dalam pertandingan itu nanti adalah dari segi psikologi beliau.



"Cabaran terbesar saya nanti ialah mengatasi halangan mental saya. Ia adalah penting bagi saya untuk melapangkan fikiran agar saya dapat beraksi dengan baik semasa pertandingan itu.



"Saya juga perlu jaga tubuh saya untuk mengelak daripada sebarang kecederaan," ujar beliau.



Meskipun beliau tidak mengharapkan kemenangan pingat di dalam pertandingan Sukan SEA pertamanya, Mikhail Haziq berharap pengalaman itu akan memberi manfaat kepada dirinya nanti.



"Walau apa pun yang berlaku, saya akan rasa bersyukur menjadi sebahagian daripadanya (pasukan SG) dan mengambil peluang belajar bagi kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan," kata beliau yang gembira impian untuk bertanding di temasya sukan itu menjadi nyata sejak berjinak-jinak dengan sukan itu pada usia tujuh tahun.



Walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga bulan ini, beliau gembira keluarganya amat menyokongnya dan akan menjadi peminatnya dalam pertandingan itu nanti.



Mikhail Haziq bakal beraksi dalam satu acara berpasukan dan lima acara individu - 'vault', 'rings', 'pommel horse', 'parallel bar' dan 'horizontal bar'.



Seramai 11 muka baru telah dinamakan dalam skuad seramai 15 atlet gimnastik Sukan SEA Singapura yang akan mewakili negara dalam pertandingan di Hanoi pada 12 hingga 23 Mei nanti.



Skuad Singapura juga ghairah untuk beraksi dalam acara berpasukan gimnastik artistik wanita dan lelaki kerana acara itu tidak dipertandingkan dalam edisi 2019 di Filipina.



Di Sukan SEA sebelum ini, wakil negara Sean Yeo memenangi pingat gangsa dalam acara 'parallel bar' lelaki.



MIKHAIL HAZIQ AKAN BERAKSI DALAM:



Satu acara berpasukan dan lima acara individu - 'vault', 'rings', 'pommel horse', 'parallel bar' dan 'horizontal bar'.




CABARAN TERBESAR: ATASI HALANGAN MENTAL



"Cabaran terbesar saya nanti ialah mengatasi halangan mental saya. Ia adalah penting bagi saya untuk melapangkan fikiran agar saya dapat beraksi dengan baik semasa pertandingan itu.
Saya juga perlu jaga tubuh saya untuk mengelak daripada sebarang kecederaan."
- Mohammad Mikhail Haziq Mohammad Ghazali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >