Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Regu silat seni wanitabertekad teruskan kejutan emas

May 02, 2023 | 05:30 AM



SEDIKIT demi sedikit, lama-lama menjadi bukit.



Pasukan regu seni wanita Singapura, yang terdiri daripada Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin, dibentuk semasa pandemik Covid-19 pada Januari 2020.



Dua tahun kemudian, usaha dan titik peluh mereka bertiga membuahkan hasil - daripada empat kejohanan utama yang disertai pada 2022, mereka membawa pulang tiga emas.



Trio itu pertama dinobat juara dalam Kejohanan Asia Tenggara di Singapura pada Februari 2022, sebelum meraih pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi tiga bulan kemudian.



Pada Julai 2022 di Melaka, pasukan srikandi negara itu membuat kejutan apabila merampas pingat emas daripada pasukan Vietnam dengan perbezaan mata 0.005.



Tiga bulan kemudian, mereka membawa pulang satu lagi emas dari Kejohanan Asia di Kashmir, India.



Rentak kemenangan yang mengagumkan itu ingin mereka teruskan dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja, yang berlangsung pada 5 hingga 17 Mei. Pingat emas didambakan mereka.



Amirah, 20 tahun, berkata:



"Kami sasar untuk meraih emas bagi mengulangi kemenangan kami di Kejohanan Dunia. Kami banyak meneliti prestasi kami dalam kejohanan sebelumnya dan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki lagi persembahan dari segi penyelarasan dan gaya memaparkan pergerakan dengan lebih kemas."



Malah, kebangkitan Singapura dalam acara regu seni puteri adalah sesuatu yang menyegarkan, kata Iffah, 20 tahun.



"Sebelum ini, regu seni puteri sering dikuasai oleh Indonesia. Setiap tahun semua orang akan menantikan persembahan mereka.



"Jadi, saya rasa gembira bahawa ada satu lagi negara yang semakin meningkat naik - bahawa Singapura juga layak menjadi pesaing yang hebat... Menaikkan nama Singapura dalam kategori ini adalah perasaan yang membanggakan dan baru untuk kami," kongsi beliau.



Trio itu baru-baru ini juga telah dianugerahkan biasiswa Kecemerlangan Sukan (spexScholarship) - iaitu pasukan seni silat pertama untuk memperolehnya.



Biasiswa itu menyediakan sokongan kewangan dan program latihan untuk membantu atlet berjaya dalam kejohanan utama.



Dengan sokongan ini, mereka dapat membeli makanan tambahan untuk pemulihan dan kostum serta barang solekan baru yang dapat mencantikkan lagi persembahan.



Ashikin, 23 tahun, berkata: "Mendapat spexScholarship ini adalah sesuatu yang sangat besar. Ia seperti kami menang Kejohanan Dunia tetapi mungkin lebih besar.



"Ia juga menunjukkan kami berupaya dan berpeluang mengikuti jejak langkah abang Iqbal (Abdul Rahman)."



Iqbal, juara dunia dua kali dan pemenang pingat emas Sukan SEA, adalah seorang lagi pesilat seni yang menerima spexScholarship.



Lapan lagi pesilat negara yang mendapat biasiswa itu adalah daripada acara tanding.



Ditanya apakah rahsia di sebalik kejayaan pasukan seni wanita negara ini, Iffah menambah:



"Tiada manusia yang sempurna. Semua orang ada kelemahan masing-masing. Saya rasa apa yang membuat kami berjaya adalah kami melengkapi satu sama lain.



"Apabila salah seorang daripada kami mempunyai hari bermasalah atau kurang memenuhi jangkaan jurulatih semasa latihan, kami dapat bergantung kepada yang dua lagi untuk memberi sorakan dan motivasi."




"Kami sasar untuk meraih emas bagi mengulangi kemenangan kami di Kejohanan Dunia. Kami banyak meneliti prestasi kami dalam kejohanan sebelumnya dan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki lagi persembahan dari segi penyelarasan dan gaya memaparkan pergerakan dengan lebih kemas."



- Amirah Sahrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >