Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Ligat berkayuh sambil berpuasa di luar negara

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



KETAHANAN minda dan fizikal adalah salah satu aspek penting bagi seorang pelumba basikal.



Sering kali, mereka akan meluangkan masa mengayuh basikal berjam-jam dan perlu rentasi pelbagai cabaran rupa bumi dalam perjalanan mereka.



Oleh demikian, ia bakal mencabar psikiologi dan fizikal seseorang itu untuk berlatih. Apatah lagi, sekiranya mereka perlu berpuasa di bulan Ramadan ini.



Namun, ini tidak menghambat fokus dan azam pelumba basikal nasional, Riyadh Hakim Lukman, untuk meneruskan latihannya bagi persiapan Sukan SEA di Vietnam menjelang Mei.



Pelumba berusia 23 tahun itu kini berada di Sunshine Coast, Australia, bersama jurulatihnya, Junaidi Hashim, sejak Februari lalu bagi persiapan itu.



Bagi Riyadh, ia merupakan pengalaman yang amat berbeza kalau dibandingkan dengan berlatih di Singapura.



"Perbezaan (berlatih) di antara Singapura dengan di luar negara adalah cabaran rupa bumi serta kekurangan tiang lampu di jalan raya.



"Kita boleh berbasikal berjam-jam tanpa henti. Di Singapura juga, rupa bumi agak rata. Jadi, ia tidak memberikan kami peluang untuk cabaran 'mendaki' menggunakan basikal yang saya rasa adalah penting dalam sukan ini," katanya yang pernah memenangi pemenang pingat emas pertama Singapura di Kejohanan Lumba Basikal Asia pada 2019.



Walaupun berlatih sambil berpuasa bukanlah perkara baru buat beliau, tahun ini merupakan kali pertama Riyadh berjauhan dari rumah pada bulan yang mulia ini demi persiapannya.



"Saya sering melihat bulan Ramadan ini sebagai tempoh untuk mengekalkan kecergasan saya.



"Ia bukannya untuk meningkatkan prestasi aerobik tetapi lebih kepada anaerobik.



"Oleh itu, dalam tempoh ini kita boleh memberi tumpuan kepada intensiti lebih tinggi dan keupayaan teknikal berbasikal.



"Ini bererti kita tidak perlu berlatih secara berlebih-lebihan. Hanya perlu kayuh dengan lebih dekat tetapi dengan penuh semangat," katanya yang menambah telah beraksi di beberapa pelumbaan anjuran tempatan dan nasional di situ.



Riyadh juga menjelaskan bahawa beliau akan mengubah rancangan latihan beliau untuk memaksimumkan sesi latihannya itu.



Ini termasuk membuat latihan hampir waktu berbuka puasa ataupun berlatih selepas beliau membuka puasa.



"Mungkin saya akan mula berkayuh pada sekitar tiga atau empat petang dan tamatkan latihan sebelum berbuka puasa. Itu akan menjadi lebih ideal.



"Dan bagi latihan senaman untuk kekuatan di gim pula, kami boleh lakukan pada waktu malam," tambahnya yang kurang pasti dengan sekitaran di sana untuk berbasikal pada waktu malam.



Menurut pandangan ketua pasukan Fisiologi Sukan di Institut Sukan Singapura (SSI), Dr Abdul Rashid Aziz, beliau menggalakkan atlet yang berpuasa untuk kekalkan tempoh latihan selama 80 minit. Ini termasuk memanaskan dan menyejukkan badan dalam tempoh latihan itu.



"Ini akan membantu atlet mengekalkan kualiti usaha yang tinggi sepanjang keseluruhan sesi latihan mereka.



"Penyelidikan telah menunjukkan bahawa terdapat glikogen otot yang mencukupi (bahan api yang digunakan oleh otot) untuk bertahan selama tempoh tersebut," katanya kepada Berita Minggu (BM).



Riyadh turut berkata bahawa beliau akan rindu dengan hidangan seperti "bubur masjid" serta berbuka bersama keluarganya sempena bulan Ramadan ini.



Memandangkan ini adalah penampilan pertama beliau di Sukan SEA, Riyadh amat teruja dengan peluang mewakili negara di dalam sukan lumba basikal di Hanoi.



Beliau juga mampu memberi saingan yang hebat kepada pelumba lain selepas menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjadi pelumba basikal Singapura pertama berjaya naiki podium dalam perlumbaan Piala Dunia UCI tahun lalu.



"Saya sangat bersemangat kerana ini adalah perlumbaan pertama saya di Sukan SEA.



"Saya rasa kami telah membuat peningkatan baik sejak tahun lalu dengan latihan dan persediaan bagi perlumbaan nanti.



"Kami telah banyak pelajari dari perlumbaan di luar negara. Oleh itu, setelah menimba pengalaman penting itu, kami akan menggunakannya dengan sebaik mungkin," kata beliau yang mempunyai impian untuk mewakili Singapura dalam Sukan Olimpik pada masa depan.




"Saya sering melihat bulan Ramadan ini sebagai tempoh untuk mengekalkan kecergasan saya.

Ia bukannya untuk meningkatkan prestasi aerobik tetapi lebih kepada anaerobik.

Oleh itu, dalam tempoh ini kita boleh memberi tumpuan kepada intensiti yang lebih tinggi dan keupayaan teknikal berbasikal.

Ini bererti kita tidak perlu berlatih secara berlebih-lebihan. Hanya perlu kayuh dengan lebih dekat tetapi dengan penuh semangat.''

- Riyadh Hakim Lukman




JADUAL SUKAN SEA 2021 VIETNAM



  • Acara Lumba basikal (Jalan Raya) akan berlangsung dari 14 Mei hingga 17 Mei 2022.

  • Acara Lumba basikal bukit (mountain bike) akan berlangsung dari 19 Mei hingga 22 Mei 2022.

  • Pengumuman bagi atlet terpilih dalam kedua-dua acara bakal dibuat sebelum pertandingan dimulakan.

  • 7 pelumba basikal negara bakal bertanding di Vietnam: Mereka termasuk Riyadh Hakim Lukman, Goh Choon Huat, Calvin Sim, Darren Lim, Yeo Boon Kiak, Nicholas Cheong dan Yeow Hong Yang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >