Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Mentaliti kemenangan Kompany dijangka julang Burnley

Bekas kapten Manchester City yang kini pengurus Burnley giat bersiap kembali ke Liga Perdana England
Jul 30, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Kejayaan Burnley menggondol kejuaraan liga Championship bagi musim 2022/23 dan sekali gus mendapatkan tempat kembali ke Liga Perdana England (EPL) sebahagian besarnya dikaitkan dengan pengurusnya, Vincent Kompany.


Cabaran skuad kendaliannya kini adalah untuk kekal bermain dalam liga tersebut bagi jangka panjang.

Ini setelah ia disingkirkan daripada EPL pada musim 2021/22 selepas menduduki tangga ke-18 lantas menamatkan tempoh bermain dalam EPL selama enam tahun.

Bagi merealisasikan matlamat itu, padang latihan Burnley di Barnfield kelihatan sibuk dengan persiapan dan latihan pramusim.

Cuaca mendung tidak menghambat latihan pemain dan ada daripada mereka yang meneruskan sesi di dalam gimnasium selepas latihan di padang berakhir.

Ada pula seperti pemain sayap Charlie Taylor yang memperhalusi teknik mereka dengan bermain Teqball – permainan yang menguji ketangkasan sentuhan pemain.

Berbekalkan semangat baru, persiapan pramusim sudah pun dimulakan Burnley sebelum musim 2022/23 melabuhkan tirainya.

Beberapa pemain kembali berlatih untuk sesi latihan ringan atau sesi di gimnasium.

Awal sebelum Vincent Kompany mengambil alih, bekas pengurus Sean Dyche dipecat dengan baki lapan perlawanan dan pengganti sementara Mike Jackson juga tidak dapat menyelamatkan keadaan.

Jackson berkata: “Secara peribadi, penyingkiran itu masih segar dalam ingatan saya. Ia tidak akan hilang (daripada ingatan), anda harap ia dapat hilang begitu sahaja.

“Tetapi selepas segala usaha yang dilakukan musim lalu oleh semua di kelab, rasa teruja dan peluang untuk menyertai sebahagian daripada EPL adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.”

Pelantikan Kompany, bekas pemain pertahanan Belgium dan bekas kapten Manchester City, pada Jun 2022 dikatakan sebagai detik perubahan Burnley.

Beliau dipercayai memacu kelab tersebut dan membimbing pasukannya kembali ke landasan betul. Pada penghujung musim 2022/23, Burnley meraih 101 mata, iaitu 10 mata di hadapan pencabar utama.

Editor sukan, BBC Radio Lancashire, Andy Bayes, berkata: “Perubahan gaya permainan di bawah Kompany jelas sejak hari pertama (beliau mengambil alih).


“Rentak permainan bola sepak yang pantas dan mengatur permainan dari barisan pertahanan sudah menjadi lumrah.”

Setelah menghabiskan 11 tahun di City, dengan Kompany menang 10 trofi utama – termasuk empat kejuaraan EPL – mentaliti kemenangan Kompany diserap ke dalam kelab tersebut.

Jackson menjelaskan: “Vinny (Kompany) menyertai kelab dengan keperibadian dan perhatian terhadap apa yang beliau mahukan, dan setiap kelab memerlukan landasan untuk diikuti.

“Kami memperbaiki pasukan secara berperingkat sepanjang musim lalu dan peningkatan dari detik awal hingga akhir adalah memuaskan.”

Beliau menambah bahawa salah satu kekuatan utama Kompany ialah komitmennya terhadap pembangunan pemain dan kakitangan kerana dengan penambahbaikan modal insan, ia diharap dapat “meningkatkan prestasi”.

“Apabila anda bersama seorang pengurus, mereka perlu ada kepercayaan sebenar terhadap apa yang mereka lakukan.

“Para pemain bermain (bola) dan berhak mendapat pujian untuk perkara itu, tetapi mereka menerimanya dan libatkan diri sepenuh hati dalam usaha tersebut.

“Apabila anda bekerja dengannya setiap hari, anda melihat nilai-nilai tentang kerja keras dan pembelajaran,” tambah Jackson.

Pemain tengah Burnley asal Maghribi, Anass Zaroury, berkata: “Ia bak satu impian untuk bermain semusiman dalam EPL.

“Saya sentiasa ingin bermain pada peringkat tinggi, tetapi ia sememangnya mencabar, seperti liga Championship.”

Beliau menambah apa yang penting kini adalah untuk “berikan segalanya dan bekerja keras” setelah mendapat promosi ke liga EPL.

Burnley juga giat membuat persiapan melalui perlawanan pramusim luar dari padang sendiri di Turf Moor, memandangkan ia sedang dibaik pulih dan dipertingkatkan.

Pengarah strategi Burnley, Hamish Wilson, berkata: “Kami sedang menjalani transformasi besar dalam semua aspek kelab, sama ada di dalam mahupun di luar padang.

“Kami ingin mengembangkan jenama kami, menembusi pasaran baru dan menjadikan Burnley lebih dikenali sebagai nama sejagat.”

Perlawanan pembukaan Burnley dalam musim EPL yang bermula pada Ogos adalah menentang juara bertahan, Manchester City, di padang sendiri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >