Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Mercedes jangka mulakan musim baru F1 di belakang Red Bull

Mar 22, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Mercedes menjangka memulakan musim baru Formula Satu pada hujung minggu depan dengan kereta lebih perlahan daripada pasukan Red Bull.



Dalam ujian pramusim pada hujung minggu lalu, Mercedes kelihatan menghadapi masalah dengan kereta barunya yang nampak kurang pantas dan stabil.



"Ada banyak perkara yang tidak diketahui," kata pengarah strategi Mercedes, James Vowles, kepada BBC Sport.



"Tidak ada orang baik di atas mahupun di bawah paddock (tempat duduk utama perlumbaan) dapat menentukan dengan tepat di mana masalah-masalah itu berada.



"Tetapi ada beberapa trend yang muncul. Saya berani katakan bahawa Red Bull sedang mendahului dari segi prestasi. Mereka jelas hebat."



Litar Antarabangsa Sakhir dijadualkan menjadi hos Grand Prix Bahrain, perlumbaan pertama F1 musim ini, mulai Jumaat hingga Ahad ini.



Formula 1, dalam laman web rasminya, mengumumkan jadual perlumbaan baru musim ini dengan mengekalkan sebanyak 23 perlumbaan.



Namun, tidak seperti biasa, ia akan dimulakan dengan GP Bahrain yang mengambil tempat GP Australia di bandar Melbourne, yang memilih menganjurkan perlumbaannya pada November.



Pada musim lalu, Mercedes dan Lewis Hamilton memenangi kejuaraan berganda (gelaran pasukan dan pemandu) buat kali ketujuh berturut-turut.



Tahun ini, Hamilton sedang berusaha mencatat rekod gelaran juara dunia pemandu kelapan.



Bagaimanapun, Hamilton mendedahkan bahawa keretanya "tidak cukup pantas" selepas menjalani beberapa sesi ujian masa sambil menambah bahawa Mercedes perlu "melakukan banyak perkara, dan pastinya ia sukar".



Bercakap dalam satu rakaman video untuk mengulas prestasi pramusim pasukan itu, Vowles berkata:



"Apakah kami akan menghadapi persaingan yang sengit musim ini? Saya berpendapat begitu.



"Red Bull menampilkan cabaran sengit. Mereka mempunyai pakej yang berkemampuan dan jelas, mereka tersangat pantas.



"Anda akan dapat menyaksikan hasilnya sepanjang musim ini dan di pelbagai bentuk litar. Saya pasti anda akan melihat kami berada di depan dan di belakang mereka."



ADAKAH F1 AKAN MENJADI PERSAINGAN ANTARA MERCEDES-RED BULL?



Menurut Vowles, pasukannya "tidak mempunyai jawapan" mengapa kereta mereka tidak berfungsi seperti yang mereka mahukan".



"Pemanduannya kurang baik," tambah Vowles, "sebaliknya kereta Red Bull kelihatan mantap dan sangat stabil, terutama di sektor terakhir litar.



"Ia jelas kelihatan dari jauh dan saya pasti catatan masa menggambarkan prestasinya."



Pemandu Red Bull, Max Verstappen, mencatat masa terpantas dalam ujian masa di Litar Sakhir.



Ini mengundang Hamilton memberi komen. Katanya:



"Red Bull nampak menikmati sesi ujian yang memberangsangkan. Kededua pemandu mereka kelihatan begitu baik sekali.



"Mereka akan menampilkan cabaran yang hebat tahun ini. Sebuah pasukan yang kuat terdiri daripada dua pemandu dan kereta yang sangat baik."



Dalam sesi ujian masa, Red Bull kelihatan lebih meyakinkan berbanding Mercedes, yang menghadapi pelbagai masalah keandalan dan kestabilan kereta.



Hamilton turut menggariskan hakikat bahawa Verstappen memenangi perlumbaan terakhir musim lalu, satu bukti kukuh lagi relevan memandangkan pasukan-pasukan F1 terpaksa menggunakan semula banyak peralatan kereta musim lalu sebagai langkah penjimatan di tengah-tengah pandemik yang melanda sekarang.



"Setelah memenangi perlumbaan akhir musim lalu, anda dapat mengandaikan bahawa mereka akan menampilkan cabaran sengit, kalau tidak di depan pada perlumbaan pertama.



"Saya menjangka menghadapi persaingan yang hebat sepanjang musim bersama mereka," tambah Hamilton.



Bagi Verstappen pula, beliau bersikap positif.



"Saya berasa senang semasa berada dalam kereta tetapi kami hanya akan mengetahui di mana kami berada dalam perlumbaan pertama nanti.



"Buat masa ini, semuanya baik tetapi kami akan sentiasa mencuba membaiki keadaan," ujar beliau. - Agensi berita.




APA KATA MEREKA



"Red Bull nampak menikmati sesi ujian yang memberangsangkan. Kededua pemandu mereka kelihatan begitu baik sekali.



Mereka akan menampilkan cabaran yang hebat tahun ini. Sebuah pasukan yang kuat terdiri daripada dua pemandu dan kereta yang sangat baik."
- Lewis Hamilton, pemandu Mercedes yang juga juara dunia tujuh kali.



"Saya berasa senang semasa berada dalam kereta tetapi kami hanya akan mengetahui di mana kami berada dalam perlumbaan pertama nanti.



Buat masa ini, semuanya baik tetapi kami akan sentiasa mencuba membaiki keadaan."
- Max Verstappen, pemandu Red Bull.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >