Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Mesin ujian Covid-19 bantu reda bimbang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

OLIMPIK TOKYO

Mesin ujian Covid-19 bantu reda bimbang

Jan 21, 2021 | 05:30 AM

TOKYO: Menteri Kesihatan Jepun, Norihisa Tamura kelmarin menyaksikan satu demonstrasi prototaip mesin ujian Covid-19 automatik yang menggunakan robot untuk mengambil sampel ujian swab dan memberi keputusannya dalam masa 80 minit.

Sistem robotik yang dihasilkan oleh syarikat Kawasaki Heavy Industries, mampu dibawa ke tempat ujian seperti stadium, taman bertema dan acara perhimpunan besar-besaran.

"Melihat kepada trend global ini, kami perlu meningkatkan lagi jumlah penduduk yang perlu menjalani ujian, dan permintaan untuk ujian pencegahan turut meningkat," kata Encik Tamura.

Pentadbiran Perdana Menteri, Yoshihide Suga mendapat kritikan terhadap pengurusan negara itu dalam menjalankan ujian.

Pemerintah Jepun juga kini berada di bawah tekanan untuk menunjukkan bahawa penularan wabak itu dapat dikawal dengan kurang dari 200 hari hingga permulaan Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo - yang sebelum ini sudahpun ditangguhkan setahun - dan vaksinasi masih belum dimulakan.

Penggunaan sistem ujian robot dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap tenaga perubatan negara itu dan meningkatkan ketepatan keseluruhan, kata Encik Tamura.

Kemudahan prototaip yang ditunjukkan, menggunakan lengan robotik yang dikendalikan oleh manusia untuk mengumpulkan sampel dari individu dengan melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

Sistem tersebut disimpan di dalam kontena pengiriman sepanjang 40-kaki dan ia dapat memproses hingga 2,000 sampel setiap 16 jam. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3